SEBAIK saja aku bangun keesokan paginya, Haq sudah tidak
ada di katil. Segenap bilik aku cari, dia memang tidak ada. Mungkin keluar
hirup udara segar, aku tak pasti. Melihat jam angka 5.45 pagi, segera aku
bangun untuk mandi wajib dan menunaikan solat subuh. Subuh di sini pukul 5 pagi. Hmm subuh gajah lah aku nampaknya. Haq tu pun... sampai hati tak kejut.
Sehingga jam 7 pagi, batang hidung Haq masih tak nampak.
Pergi ke mana dia sebenarnya? Telefon bimbit pula ditinggalkan di bilik.
Sengaja tak mahu aku telefon... ke macam mana? Namun, bila memikirkan adegan
panas semalam terasa malu jatuh bertimpa-timpa.
Selesai pusingan pertama, tubuh aku dibiarkan berehat
meniarap di atas tubuh sasanya. Tidak sampai satu jam selepas itu, bila tanpa
sedar aku tercium telinganya, dia langsung terjaga. Memandang aku penuh harapan
dan bila aku buat muka terpinga-pinga, dia menjatuhkan tubuh aku di atas katil
serta tak tertangguh lagi mengulang kembali adegan yang berlaku satu jam lalu.
Pantang tercuit, “you
turn me on” terus. Boleh tahan juga keinginan Haq. Keinginan yang selama ini dia simpan sendiri.
Sementara menunggu kepulangannya, aku belek-belek barang
yang telah aku beli semalam. Memang boleh buka kedai sendiri di Malaysia nanti.
Banyak sangat. Tak sabar pula mahu hadiahkan kepada yang bekenaan terutama umi
dan mama. Pasti mereka gembira.
Ya, aku sedang dalam fasa mengambil hati mertua. Mereka
tidak melayan aku dengan teruk cuma mereka tidak banyak berbual dan bermesra
dengan aku. Aku rasa terasing, namun aku juga mengerti perasaan mereka jadi
tidak lah aku mahu memaksa mereka menerima aku.
Jam 9 pagi. Haq masih tidak pulang bilik. Perut aku juga
sudah berkeroncong jadi aku buat keputusan untuk turun ke cafe hotel. Mana tahu
dalam perjalanan nanti terserempak dengan suamiku boleh ajak makan pagi terus.
Aku mengambil makanan yang menarik perhatian
perutku sebelum melilaukan mata mencari meja yang masih kosong. Sekejap saja
mataku tertancap pada gerangan di sudut cafe, sedang makan sambil membuang
pandang ke luar tingkap, membelakangi aku. Mengeluh lega bila melihat dia. Hari
sebelum-sebelumnya dia akan mengajak aku turun makan. Hari ni, sikapnya lain.
Di tempat duduknya, dia kelihatan sangat serabut seperti
sedang memikirkan sesuatu yang serius. Sesekali dia kusutkan rambutnya dan
selepas itu dia tumbuk-tumbuk dadanya sendiri. Apa masalah dia?
“Abang,” aku menegur lembut dan melabuhkan duduk di
hadapannya. Dia alihkan muka, terkejut namun cuma sebentar sebelum dia
memandang aku tanpa riak.
Aku balas wajah tegangnya dengan wajah yang kumasamkan.
Sengaja nak merajuk. “Kenapa abang makan tak ajak Rayla? Lama Rayla tunggu
abang dalam bilik tau. Abang pergi mana tadi? Kenapa tak kejut dan tunggu
Rayla?” Bertalu-talu soalan keluar daripada mulutku.
Dia mengerutkan dahi, mendesis kasar. Menghempaskan sudu
garfu di pinggan. Tangan dilipat di dada. Kemudian tunduk memandang sisa
makanan tidak sudi memandang aku.
Terus tersentap aku dilayan begitu olehnya. Seperti
berbicara dengan sebatang tunggul. Kenapa dia marah aku? Kenapa dia bersikap
begini? Haq menunjukkan perubahan yang tidak bagus.
“Abang...” Aku sentuh lengannya namun segera
ditepis.
“Kenapa ni? Rayla ada buat salah ke?” Aku tak putus asa,
pegang lengannya lagi.
“Makan. Lepas tu terus naik bilik.” Dengan kata-kata itu
dia tinggalkan aku sendirian di meja. Melalui ekor mata dapat aku lihat ramai
yang memberi perhatian kepada kami. Aku buat tak peduli, aku mengekori langkah
dia dengan mata sehingga hilang kelibatnya.
Cuma satu persoalan dalam kepala aku. Apa yang buat Haq
berubah marahkan aku?
MASUK saja ke dalam bilik, terus aku ditarik ke arah sofa
yang terletak bersebelahan dengan tingkap. Dihempaskan punggung aku di situ
sebelum dia mencengkam bahagian belakang rambutku yang masih dibaluti tudung.
Terkejut bukan kepalang aku, cuba menolak tangannya namun dia ketatkan
cengkaman. Perit di kepala usah ditanya.
“Abang, sakit....” Desis aku perlahan, berharap timbul
rasa kasihan dalam diri Haq.
“Sakit? Hati aku lebih sakit!”
“Abang, kenapa ni? Rayla ada buat masalah ke pada abang?”
“Kau tu memang masalah pada aku sejak kahwin lagi! Kau
ambil adik aku, kau tak layak hidup bahagia. Adik aku mati disebabkan kau! Keluarga
kau! Kau kena hidup menderita! Kau tak layak bahagia.”
“Astaghfirullahalazim,
abang... Mengucap abang. Kenapa ni? Kenapa libatkan adik abang lagi? Tak habis
lagi ke?”
“Masalah ni takkan pernah habis! Kau ingat sesenang tu
aku lupakan apa yang keluarga kau buat pada keluarga aku? Kau ingat aku ada
hati terima kau lagi? Sedar diri lah perempuan!” Dia lepaskan kepala aku kasar.
Terhantuk terus kepalaku di kepala sofa. Mujur tidak keras mana.
Aku memandang tubuhnya yang membelakangi aku. Murah air
mata saat ini. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia mengungkit semula
kisah arwah adiknya dan malayan aku dengan teruk. Baru semalam, kami melayari
bahtera bahagia sambil mengungkap kata cinta dan sayang yang tidak putus-putus.
“Abangg...”
“Diam! Aku benci panggilan tu! Setiap kali kau sebut
benda tu, aku rasa nak kerat lidah kau biar tak boleh bercakap lagi.” Dia
berpaling, meluru ke arah aku, menekan kedua-dua belah pipiku kuat. Ya Tuhan, kenapa
Haq bagai dirasuk begini? Panggilan abang tu Haq yang minta daripada aku
sebelum ini. Apa motif dia sebenarnya?
“Tapi abang yang minta Rayla panggil dengan panggilan
tu…” Aku cuba backup diri sendiri.
Air mata yang mengalir jangan kata membasahi pipi, sampai ke tudung sudah basan
lencun.
“Aku minta kau panggil sebab aku nak tanam perasaan lebih
benci pada kau. Aku tak nak ada sekelumit pun rasa suka apa lagi sayang kat
kau. Untuk kau, rasa benci je aku layak bagi! Dan panggilan abang tu khas untuk
adik kandung aku seorang!” Haq balas dengan tengkingan yang tak sudah-sudah.
Merah padam mukanya menahan amarah yang menjulang tinggi. Sungguh, aku tidak
tahu bagaimana mahu menenangkannya. Aku tidak mahu perkara ini berlanjutan
sehingga salah seorang dari kami tercedera.
Melihat keadaan kami sekarang, yang pasti aku lah yang
bakal tercedera. Tenaga Haq tidak terlawan oleh tenagaku yang sangat sedikit.
Lebih-lebih lagi setelah melepaskan hampir kesemuanya malam semalam.
“Sampai hati abang buat Rayla macam ni…”
“Jangan panggil aku abang lagi, kau faham tak!? Kau
dengar sini, Rayla. Aku tak terima kau. Sampai bila-bila pun aku takkan terima
kau. Semalam aku cuma puaskan nafsu aku. Tak ada cinta dalam hati untuk kau.
Tak ada! Semalam aku buat kerana nafsu bukan cinta. Kau kena sedar diri kau
layak berada di mana!”
Allahuakbar. Masyaallah.
Banyak kali aku beristighfar dalam hati. Robek hati aku mendengar pengakuan
telus Haq. “Tapi semalam... Tiga kali...”
“Lagi dua kali aku buat sebab nak balas dendam. Aku nak
hidup kau. Aku dah rampas hidup kau macam keluarga kau rampas hidup adik aku!
Kau jadi lah hamba abdi aku selama-lamanya. Jadilah pemuas nafsu aku. Aku
takkan sesekali lepaskan kau.”
“Selama ni awak buat baik pada saya…”
“Motif aku buat baik cuma kerana dendam, Rayla. Lepas tengok kau, aku jadi tamak nakkan tubuh
kau. Once aku berjaya ratah tubuh kau, I will be real to you. So ya, this is it. This is how I really am! Kau nak tau kenapa?
Sebab tubuh kau ni dah lama aku idamkan. Bagaimana pun caranya, aku akan
dapatkan. And aku berjaya, Rayla. Body
kau memang sedap, kali pertama aku sentuh pun aku tahu.”
Bagai mahu pitam aku bila dia tolak tubuhku kasar ke atas
sofa. Belum habis terkejut dengan kata-kata kasarnya, dia kejutkan aku lagi
dengan mengoyak bajuku bagai seorang perogol sebelum dia membaham aku ganas. Tidak
pernah ada daya mahu melawan bila tubuh sasanya sudah menindan sepenuhnya
tubuhku.
“Bukan senang perempuan nak pancing nafsu aku, Rayla. Kau
dah berjaya puaskan aku, apa salahnya puaskan aku lagi?”
“Haq…”
“Kuat lagi, Rayla. Aku suka dengar kau merayu-rayu nama
aku.”
Aku tidak berdaya lagi menyeru namanya. Walau sekuat mana
aku merayu dan merintih, tiada keperimanusiaan lagi dalam hatinya untuk aku.
Dendamnya…. Begitu menyakitkan. Aku ditampar dan diteranjang, tidak sesakit aku
ditipu hidup-hidup oleh Haq yang kufikir mencintaiku.
“Sedangkan manusia sampai membunuh kerana dendam, Rayla. Setakat
aku perlakukan kau begini, elok lagi aku dari binatang. Dendam terakhir aku,
melihat kau menderita, melihat kau menangis depan aku, membuat kau merayu minta
dikasihani, telah kau lunaskan dengan baik.” Haq mendekatkan wajahnya pada aku.
Wajah yang begitu gelap dengan dendam. Bibirnya menyungging sebuah senyuman
yang begitu sinis.
Ini lah realitinya, bumi ini dipenuhi dengan manusia yang
kotor dengan dendam kesumat. Lelaki yang bertolak ansur, menghormati perempuan,
lemah lembut dengan isterinya... sangat sedikit. Aku adalah antara salah seorang wanita yang
tak mampu mendapatkan lelaki sebegitu.
Ini lah apa yang orang kata... Sesebuah realiti yang
sangat pahit. Tidak boleh diluah, terpaksa telan kerana realiti adalah takdir
yang sudah tertulis.
Tuhan, terlalu berat dugaan-Mu ini.
-------------------------------------------------------------------
Bersambung / Tamat?
Pilih, pilih!
BRRSAMBUNG
dalam versi cetak.
Sesiapa yang berminat utk sambungan, boleh pm PA atau tinggalkan komen. :)
Mana lah tahu ada yang nak. Kalau ramai yang nak sambungan, PA buka order untuk versi cetak. Bukan stapler atau comb binding... Tapi perfect binding.
PA akan tambah dalam 70% - 80% lagi. Dan PA delete entry, tinggal sampai BAB 7 je dalam blog.
Kalau ada yang berminat, pm PA yee. Survey dulu. Tapi kalau tak ada yang berminat, kira...
TAMAT!
Okay je kalau tamat macam ni, sesuai dengan tajuk cerita. :)
Anyway, harap cerita ni tak mengarut atau melebih-lebih. Terima kasih sudi baca cerita PA. Minta maaf yang mana terlebih terkurang. ❤️
No comments:
Post a Comment