KAMI tiba di Lapangan Terbang Bandung jam 11 malam
(Malaysia) Bererti di Bandung sudah jam 12 tengah malam. Aku betulkan masa
mengikut waktu di sini. Hampir setengah jam juga kami menunggu pemandu
pelancong yang sudah ditempah Haq. Walaupun jam sudah lebih pukul 12 tetapi
jalan raya masih sesak dengan kenderaan terutama motorsikal.
Lebih kurang 45 minit di dalam kereta, akhirnya selamat
juga sampai di hotel. Agak mewah hotelnya kalau aku kira di Malaysia hotel
sebegini bertaraf 4 bintang. Aku tidak tahu berapa kos sebenar percutian bulan
madu ini, semuanya diuruskan Haq. Aku cuma tinggal enjoy!
Masuk ke dalam bilik, aku terpegun sendiri. Pemandangan
yang tidak indah tapi cukup buat mata tertarik untuk terus melihat ke luar.
Pembangunan yang bersepah-sepah, tidak terancang, sepanjang tepi jalan penuh
dengan peniaga-peniaga kecil... jalan raya yang sentiasa dipenuhi segala jenis
kenderaan... Memang kalah teruk KL! Pun begitu, itu lah keunikannya.
Asyik aku memerhati pemandangan di luar, sedar-sedar
sudah ada tangan yang memeluk tubuhku dari belakang. Aku mengeratkan dakapan menjadikan
ia bertambah hangat.
“Esok kita pergi tempat yang menarik kat sini. Banyak
sebenarnya, ada yang tak sempat pergi pun nanti.”
“Rayla tahu. Dah google
sebelum sampai sini. Banyak tempat shopping
tau abang. Murah je. Rayla dah list
tempat-tempat yang best.” Bersemangat aku memberitahunya. Namun dia kelihatan
seperti leka dengan perkara lain.
“Ya ke? Nanti kita
pergi k.”
Aku senyum sendiri bila lilitan tudung terasa
dileraikan. Aku hanya membiarkan dia buat apa yang dia mahu. Habis leher
aku diteroka, dia mula mencari hujung baju. Aku tahu sasaran bibirnya. Dan aku takkan
benarkan untuk malam ini.
“Rayla nak mandi...” Aku berpaling memandangnya. Jelas
mukanya tidak mengizinkan aku ke mana-mana tapi aku tetap menjauhinya. Membuka
bagasi dan mencari pakaian tidur untuk ditukar. Melihat dia masih berdiri tidak
mahu berganjak, aku mendekatinya semula. Membuka pakaiannya dan menarik
tangannya ke kamar mandi. Aku tahu dia rasa ditolak dan aku tak mahu dia fikir
yang bukan-bukan.
“Mandi sama nak? Ada jakuzi! Nanti Rayla tolong
gosok-gosokkan badan abang, abang nak Rayla urut pun boleh.” Pujuk aku lembut.
Mukanya yang tadi tegang mula mengendur.
“Kenapa Rayla selalu menolak bila abang mahukan Rayla?”
Tak kuduga dia akan menyoal aku tentang itu. Aku diam seketika, mengambil
tangannya dan aku lingkarkan ke pinggang aku. Dalam jakuzi kami berendam
bersama-sama. Dia di belakang dan aku di depan. Aku tak nampak riak mukanya
cuma aku pasti dia kecewa dengan penolakan aku.
“Rayla tak sayangkan abang?”
“Rayla sayangkan abang. Bukan sengaja Rayla nak menolak.
Cuma masa tak sesuai and Rayla rasa
tak bersedia. Takut nak menghadapi situasi tu.” Dan aku rasa waswas dengan Haq. Seperti Ada yang tidak kena. Entah lah, mungkin helah dan tipu daya syaitan.
“Hmmm...” Dia menarik aku lebih rapat padanya. Tangan
kanannya meramas dadaku manakala tangan kirinya menjalar ke kelengkang aku,
mengusap perlahan. Aku cuma diam menurut perlakuan Haq tanpa ada niat mahu
membantah. Ringan-ringan boleh, yang berat tunggu lah sedikit masa lagi. Aku
juga perlu bersedia mental dan fizikal. Hubungan dua hala tidak boleh dilakukan
secara terburu-buru.
HARI kedua kami di sini, Haq minta pemandu pelancong
kami, Pak Alex ke kawah putih. Aku tak tahu lah apa benda yang ada kat sana
tapi Haq menyuruh aku memakai baju tebal. Sejuk kut kat sana. Aku pun tak dapat
agak. Hadap saja lah. Ada yang nak bawa pun aku sudah cukup bersyukur.
Dari hotel kami menginap, lebih kurang sejam setengah
juga hendak tiba di sana. Ditambah pula dengan jalan yang sentiasa sesak,
agaknya dua jam perjalanan kami. Sebelum tiba di kawah putih lagi aku sudah
terasa sejuk yang mencengkam. Boleh bayang tak di kawah putih nanti sejuknya
macam mana? Tahap beku kut!
Oleh kerana kawah tersebut mengeluarkan kabus dan bau
yang kurang menyenangkan, Haq terpaksa beli mask
untuk aku dan dia. Ramai juga yang ke sini, walaupun bagi aku tak ada apa-apa
yang menarik, selain pemandangan kawah putih yang cantik, suhu rendah, bau yang
tak selesa di hidung, tapi kelihatannya Haq sangat menghargai tempat ini.
Aku cuma mengikut langkahnya. Ada kalanya dia menghampiri
kawah yang tidak lagi aktif itu dan ada masa dia memusing 360 darjah melihat
suasana di sekeliling. Aku kira dia begitu menyukai tempat yang damai begini
berbanding aku yang suka aktiviti lasak dan ekstrem. Tempat yang bagi aku tiada
apa-apa seperti ini sangat membosankan.
“Abang...” Aku datang memeluk pinggangnya. Dia tersentak
sedikit sebelum menoleh memandang aku. Tersenyum lebar.
“Suka sangat eh?” Aku balas senyumannya.
Dia mengangguk seraya merangkul bahu aku rapat padanya.
“Sayang sejuk?”
Gila tak sejuk. “Tu yang datang peluk abang ni.”
“Sorry abang
tak sedar. Ralit sangat...”
“Eh tak apa lah. Rayla tak kisah pun. Oh ya, abang nak
tangkap gambar tak? Meh Rayla ambilkan.” Aku keluarkan handphone membuka aplikasi kamera. Tak tunggu persetujuannya.
Sebenarnya aku kekurangan gambar suami aku jadi sementara ada peluang mengambil
gambarnya akan aku ambil banyak-banyak.
Baru saja aku melepaskan pinggangnya, dia segera tarik
tangan aku meletakkan semula di tempat tadi. “Kita welfie lah. Ada Rayla baru cantik gambar.”
Hah. Ayat manis dari Haq. Aku berchia-chia dalam hati
saja lah. Tak tertunjuk rasa teruja di depan lelaki ini.
Dalam beberapa gambar welfie,
aku hanya mampu senyum malu. Selebihnya aku toleh pandang ke arah Haq kerana
dia buat benda yang aku tak sangka!
“Abang... orang ramai ni.”
“Dorang tak pandang. Cepat tangkap.”
Ya lah tu! Aku mula diserang penyakit parkinson. Entah kabur kut gambar yang aku ambil. Semuanya gara-gara Haq. Ambil gambar biasa-biasa je tak boleh ke? Perlu ke buat begini?
“Dah lah tu.”
Biasanya aku tak pernah menolak perlakuan gatal Haq, tetapi sekarang aku
terpaksa menolak demi maruah kami berdua. Mana boleh sesuka hati menggatal
merenyam di depan orang ramai. Tak malu ke?!
Aku sedaya upaya mahu loloskan diri tapi Haq ketatkan
rangkulan. Sebelah tangan di perut aku dan sebelah lagi di dada aku. Bibirnya
sejak tadi meronda di pipi dan tepi bibir aku. Bukan aku tak tahu dia sengaja
ambil kesempatan.
“Sejuk-sejuk ni best
kalau peluk sayang. Best lagi kalau
dapat makan sayang.”
Dia mula dah. Dia mula dah! Sehari tak mengungkit bab
bilik tidur tu tak sah.
“Geram abang nak gigit-gigit kulit sayang ni.” Sejurus
itu dia gigit pipi aku. Terjerit aku menerima gigitannya itu. Tak sakit cuma
terkejut.
“Haq, seriously can
you behave?”
“I can't, Rayla.
Selagi tak dapat sayang abang tak boleh behave.
Sebenarnya, abang tak nak behave.”
Amboi! Rasa seperti diugut pun ya juga. Sejak bila Haq
jadi begini? Aku mula rasa tak enak. Aku tak mampu jangka tindakan Haq. Apa
yang dia mahu lakukan?
“Pak Alex, bisa
bantu rakam gambar kami? Kasi lucu ya.” Haq segera mengambil handphonenya dan diserahkan kepada Pak
Alex. Terus aku membatukan diri bila Haq pusingkan tubuh aku memandangnya.
“Sayang abang tak?”
Okay soalan perangkap. Apa akan jadi kalau aku jawab
sayang? Kalau aku jawab tak sayang, bagaimana pulak reaksinya nanti? Haq ambil
tanganku dan dipaut di lehernya. Manakala lilitan tangannya di pinggangku makin
dieratkan. Entah berapa banyak dah Pak Alex tangkap gambar kami candid begini. Aku tak sanggup nak kira.
“Sayang tak?” Sekelip mata ciuman hinggap di dahi. Aku
makin tertegun di situ. Malu sampai tak terkeluar suara memberikan jawapan.
Seperti banyak mata yang memandang ke arah kami dan aku tak tahu mengapa aku
rasa berdosa.
“Sayang?” Bibirnya di pipi aku. Ciuman yang bagai
renjatan itu buat aku laju menganggukkan kepala. Tujuan aku cuma satu, tak mahu
dia teruskan ciumannya tapi nampaknya aku silap besar.
“Good. Abang
akan buat Rayla makin sayangkan abang.” Tahu bibirnya di mana sekarang? Aku tak
sanggup nak buka mata pandang sesiapa, jadi aku tutup mata seperti terkatupnya
mulut aku dek mulut Haq.
Selepas solat jamak maghrib dan isya', Haq ajak aku jalan-jalan
di sekitar luar hotel. Sepanjang tepi jalan yang menjual pelbagai barangan,
tidak ada satu pun yang menarik perhatian Haq. Berbeza denganku yang terasa
mahu beli semua benda. Malah beg yang ada sulaman gambar Mr. Bean pun boleh
buat aku tertarik!
Lemah lembut aku memujuknya memberiku wang. Bila ada duit
kat tangan baru senang hati nak beli apa-apa. Aku fikir Haq tidak mahu melayan
permintaan aku, kerana dia buat tak dengar saja bila aku bercakap. Tapi
akhirnya dia bagi Rp 500,000 bila aku benarkan dia meminta balasan daripadaku.
Dan balasannya, malam nanti aku tak boleh tidur sebelum
dia. Aku tak tahu apa rancangan dia tapi sebab aku nak duit dia, kena hadap
saja lah apa pun yang dia minta.