Tuesday, September 1, 2020

BAB 10 - DENDAM TERAKHIR SEORANG LELAKI (END)

 


SEBAIK saja aku bangun keesokan paginya, Haq sudah tidak ada di katil. Segenap bilik aku cari, dia memang tidak ada. Mungkin keluar hirup udara segar, aku tak pasti. Melihat jam angka 5.45 pagi, segera aku bangun untuk mandi wajib dan menunaikan solat subuh. Subuh di sini pukul 5 pagi. Hmm subuh gajah lah aku nampaknya. Haq tu pun... sampai hati tak kejut.

Sehingga jam 7 pagi, batang hidung Haq masih tak nampak. Pergi ke mana dia sebenarnya? Telefon bimbit pula ditinggalkan di bilik. Sengaja tak mahu aku telefon... ke macam mana? Namun, bila memikirkan adegan panas semalam terasa malu jatuh bertimpa-timpa. 

Selesai pusingan pertama, tubuh aku dibiarkan berehat meniarap di atas tubuh sasanya. Tidak sampai satu jam selepas itu, bila tanpa sedar aku tercium telinganya, dia langsung terjaga. Memandang aku penuh harapan dan bila aku buat muka terpinga-pinga, dia menjatuhkan tubuh aku di atas katil serta tak tertangguh lagi mengulang kembali adegan yang berlaku satu jam lalu.

Pantang tercuit, “you turn me on” terus. Boleh tahan juga keinginan Haq. Keinginan yang selama ini dia simpan sendiri.

Sementara menunggu kepulangannya, aku belek-belek barang yang telah aku beli semalam. Memang boleh buka kedai sendiri di Malaysia nanti. Banyak sangat. Tak sabar pula mahu hadiahkan kepada yang bekenaan terutama umi dan mama. Pasti mereka gembira. 

Ya, aku sedang dalam fasa mengambil hati mertua. Mereka tidak melayan aku dengan teruk cuma mereka tidak banyak berbual dan bermesra dengan aku. Aku rasa terasing, namun aku juga mengerti perasaan mereka jadi tidak lah aku mahu memaksa mereka menerima aku. 

Jam 9 pagi. Haq masih tidak pulang bilik. Perut aku juga sudah berkeroncong jadi aku buat keputusan untuk turun ke cafe hotel. Mana tahu dalam perjalanan nanti terserempak dengan suamiku boleh ajak makan pagi terus. 

Aku mengambil makanan yang menarik perhatian perutku sebelum melilaukan mata mencari meja yang masih kosong. Sekejap saja mataku tertancap pada gerangan di sudut cafe, sedang makan sambil membuang pandang ke luar tingkap, membelakangi aku. Mengeluh lega bila melihat dia. Hari sebelum-sebelumnya dia akan mengajak aku turun makan. Hari ni, sikapnya lain.

Di tempat duduknya, dia kelihatan sangat serabut seperti sedang memikirkan sesuatu yang serius. Sesekali dia kusutkan rambutnya dan selepas itu dia tumbuk-tumbuk dadanya sendiri. Apa masalah dia?

“Abang,” aku menegur lembut dan melabuhkan duduk di hadapannya. Dia alihkan muka, terkejut namun cuma sebentar sebelum dia memandang aku tanpa riak. 

Aku balas wajah tegangnya dengan wajah yang kumasamkan. Sengaja nak merajuk. “Kenapa abang makan tak ajak Rayla? Lama Rayla tunggu abang dalam bilik tau. Abang pergi mana tadi? Kenapa tak kejut dan tunggu Rayla?” Bertalu-talu soalan keluar daripada mulutku.  

Dia mengerutkan dahi, mendesis kasar. Menghempaskan sudu garfu di pinggan. Tangan dilipat di dada. Kemudian tunduk memandang sisa makanan tidak sudi memandang aku. 

Terus tersentap aku dilayan begitu olehnya. Seperti berbicara dengan sebatang tunggul. Kenapa dia marah aku? Kenapa dia bersikap begini? Haq menunjukkan perubahan yang tidak bagus.

“Abang...” Aku sentuh lengannya namun segera ditepis.

“Kenapa ni? Rayla ada buat salah ke?” Aku tak putus asa, pegang lengannya lagi. 

“Makan. Lepas tu terus naik bilik.” Dengan kata-kata itu dia tinggalkan aku sendirian di meja. Melalui ekor mata dapat aku lihat ramai yang memberi perhatian kepada kami. Aku buat tak peduli, aku mengekori langkah dia dengan mata sehingga hilang kelibatnya. 

Cuma satu persoalan dalam kepala aku. Apa yang buat Haq berubah marahkan aku?

 

MASUK saja ke dalam bilik, terus aku ditarik ke arah sofa yang terletak bersebelahan dengan tingkap. Dihempaskan punggung aku di situ sebelum dia mencengkam bahagian belakang rambutku yang masih dibaluti tudung. Terkejut bukan kepalang aku, cuba menolak tangannya namun dia ketatkan cengkaman. Perit di kepala usah ditanya.

“Abang, sakit....” Desis aku perlahan, berharap timbul rasa kasihan dalam diri Haq.

“Sakit? Hati aku lebih sakit!”

“Abang, kenapa ni? Rayla ada buat masalah ke pada abang?” 

“Kau tu memang masalah pada aku sejak kahwin lagi! Kau ambil adik aku, kau tak layak hidup bahagia. Adik aku mati disebabkan kau! Keluarga kau! Kau kena hidup menderita! Kau tak layak bahagia.”

Astaghfirullahalazim, abang... Mengucap abang. Kenapa ni? Kenapa libatkan adik abang lagi? Tak habis lagi ke?”

“Masalah ni takkan pernah habis! Kau ingat sesenang tu aku lupakan apa yang keluarga kau buat pada keluarga aku? Kau ingat aku ada hati terima kau lagi? Sedar diri lah perempuan!” Dia lepaskan kepala aku kasar. Terhantuk terus kepalaku di kepala sofa. Mujur tidak keras mana.

Aku memandang tubuhnya yang membelakangi aku. Murah air mata saat ini. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia mengungkit semula kisah arwah adiknya dan malayan aku dengan teruk. Baru semalam, kami melayari bahtera bahagia sambil mengungkap kata cinta dan sayang yang tidak putus-putus.

“Abangg...”

“Diam! Aku benci panggilan tu! Setiap kali kau sebut benda tu, aku rasa nak kerat lidah kau biar tak boleh bercakap lagi.” Dia berpaling, meluru ke arah aku, menekan kedua-dua belah pipiku kuat. Ya Tuhan, kenapa Haq bagai dirasuk begini? Panggilan abang tu Haq yang minta daripada aku sebelum ini. Apa motif dia sebenarnya?

“Tapi abang yang minta Rayla panggil dengan panggilan tu…” Aku cuba backup diri sendiri. Air mata yang mengalir jangan kata membasahi pipi, sampai ke tudung sudah basan lencun.

“Aku minta kau panggil sebab aku nak tanam perasaan lebih benci pada kau. Aku tak nak ada sekelumit pun rasa suka apa lagi sayang kat kau. Untuk kau, rasa benci je aku layak bagi! Dan panggilan abang tu khas untuk adik kandung aku seorang!” Haq balas dengan tengkingan yang tak sudah-sudah. Merah padam mukanya menahan amarah yang menjulang tinggi. Sungguh, aku tidak tahu bagaimana mahu menenangkannya. Aku tidak mahu perkara ini berlanjutan sehingga salah seorang dari kami tercedera.

Melihat keadaan kami sekarang, yang pasti aku lah yang bakal tercedera. Tenaga Haq tidak terlawan oleh tenagaku yang sangat sedikit. Lebih-lebih lagi setelah melepaskan hampir kesemuanya malam semalam.

“Sampai hati abang buat Rayla macam ni…”

“Jangan panggil aku abang lagi, kau faham tak!? Kau dengar sini, Rayla. Aku tak terima kau. Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau. Semalam aku cuma puaskan nafsu aku. Tak ada cinta dalam hati untuk kau. Tak ada! Semalam aku buat kerana nafsu bukan cinta. Kau kena sedar diri kau layak berada di mana!”

Allahuakbar. Masyaallah. Banyak kali aku beristighfar dalam hati. Robek hati aku mendengar pengakuan telus Haq. “Tapi semalam... Tiga kali...”

“Lagi dua kali aku buat sebab nak balas dendam. Aku nak hidup kau. Aku dah rampas hidup kau macam keluarga kau rampas hidup adik aku! Kau jadi lah hamba abdi aku selama-lamanya. Jadilah pemuas nafsu aku. Aku takkan sesekali lepaskan kau.”

“Selama ni awak buat baik pada saya…”

“Motif aku buat baik cuma kerana dendam, Rayla. Lepas tengok kau, aku jadi tamak nakkan tubuh kau. Once aku berjaya ratah tubuh kau, I will be real to you. So ya, this is it. This is how I really am! Kau nak tau kenapa? Sebab tubuh kau ni dah lama aku idamkan. Bagaimana pun caranya, aku akan dapatkan. And aku berjaya, Rayla. Body kau memang sedap, kali pertama aku sentuh pun aku tahu.”

Bagai mahu pitam aku bila dia tolak tubuhku kasar ke atas sofa. Belum habis terkejut dengan kata-kata kasarnya, dia kejutkan aku lagi dengan mengoyak bajuku bagai seorang perogol sebelum dia membaham aku ganas. Tidak pernah ada daya mahu melawan bila tubuh sasanya sudah menindan sepenuhnya tubuhku.

“Bukan senang perempuan nak pancing nafsu aku, Rayla. Kau dah berjaya puaskan aku, apa salahnya puaskan aku lagi?”

“Haq…”

“Kuat lagi, Rayla. Aku suka dengar kau merayu-rayu nama aku.”

Aku tidak berdaya lagi menyeru namanya. Walau sekuat mana aku merayu dan merintih, tiada keperimanusiaan lagi dalam hatinya untuk aku. Dendamnya…. Begitu menyakitkan. Aku ditampar dan diteranjang, tidak sesakit aku ditipu hidup-hidup oleh Haq yang kufikir mencintaiku.

“Sedangkan manusia sampai membunuh kerana dendam, Rayla. Setakat aku perlakukan kau begini, elok lagi aku dari binatang. Dendam terakhir aku, melihat kau menderita, melihat kau menangis depan aku, membuat kau merayu minta dikasihani, telah kau lunaskan dengan baik.” Haq mendekatkan wajahnya pada aku. Wajah yang begitu gelap dengan dendam. Bibirnya menyungging sebuah senyuman yang begitu sinis.

Ini lah realitinya, bumi ini dipenuhi dengan manusia yang kotor dengan dendam kesumat. Lelaki yang bertolak ansur, menghormati perempuan, lemah lembut dengan isterinya... sangat sedikit. Aku adalah antara salah seorang wanita yang tak mampu mendapatkan lelaki sebegitu.

Ini lah apa yang orang kata... Sesebuah realiti yang sangat pahit. Tidak boleh diluah, terpaksa telan kerana realiti adalah takdir yang sudah tertulis.

Tuhan, terlalu berat dugaan-Mu ini.


-------------------------------------------------------------------


Bersambung / Tamat?


Pilih, pilih!


BRRSAMBUNG 

dalam versi cetak.


Sesiapa yang berminat utk sambungan, boleh pm PA atau tinggalkan komen. :)

Mana lah tahu ada yang nak. Kalau ramai yang nak sambungan, PA buka order untuk versi cetak. Bukan stapler atau comb binding... Tapi perfect binding. 

PA akan tambah dalam 70% - 80% lagi. Dan PA delete entry, tinggal sampai BAB 7 je dalam blog. 

Kalau ada yang berminat, pm PA yee. Survey dulu. Tapi kalau tak ada yang berminat, kira...


TAMAT!

Okay je kalau tamat macam ni, sesuai dengan tajuk cerita. :)


Anyway, harap cerita ni tak mengarut atau melebih-lebih. Terima kasih sudi baca cerita PA. Minta maaf yang mana terlebih terkurang. ❤️


Sunday, August 30, 2020

BAB 9 - DENDAM TERAKHIR SEORANG LELAKI

 


HARI ketiga di Kota Bandung, Haq cuma ajak aku shopping. Mungkin dia tengok aku tak puas membeli-belah semalam. Butik-butik berjenama di sini diasingkan, bukan disatukan dalam sesebuah pusat beli belah. Jadi, memang makan banyak masa kami mahu pergi ke satu butik ke satu butik. Sebenarnya ada saja pusat beli belah di sini, cuma kami tak pergi. Pasti bersesak-sesak di sana dan Haq tak suka.

Pelbagai butik kami singgah, harga barang di sini kalau diconvert, lebih kurang sama dengan harga di Malaysia. Bagi aku, tidak ada apa yang aku mahu beli. Lebih baik beli di Malaysia. Akhirnya, Pak Alex mencadangkan kami ke Pasar Baru Bandung. Katanya di situ boleh jadikan kita rambang mata. Murah pun murah.

Aku langsung bersetuju, Haq cuma diam tak membalas. Aku usap paha dia pun dia tak bagi tindak balas. Dia memang begitu, emosi tak stabil macam perempuan. Kadang kala kasih sayangnya melimpah ruah terhadap aku, kadang kala aku dibiarkan sepi tertanya-tanya sendiri. Apa yang bermain di fikirannya juga aku tak mampu menebak.

Sebelum turun kereta, kami diberi peringatan supaya berwaspada dengan pencopet di sini. Caranya yang cekap dan licik tidak akan buat kita sedar mereka sedang mencuri. Hmm aku dah selalu sangat menonton drama Indonesia, jadi serba sedikit aku tahu culture dan kebiasaan mereka. Mencuri termasuk dalam perkara biasa.

Pasar ini seperti Pasar Payang di Terengganu cuma barang-barang di sini lebih banyak dan murah. Tempatnya juga sangat besar dan luas. Betul kata Pak Alex, memang rambang mata aku dibuatnya. Masuk saja sudah nampak pelbagai jenis telekung dan kain ela serta kain pasang. Bukan sebuah kedai, tapi berbelas-belas kedai yang menjual benda sama. Untuk dapat harga termurah, aku merajinkan diri singgah di setiap kedai.

Akhirnya, tujuh pasang telekung aku beli dan bermacam-macam jenis kain ela serta kain pasang aku dapatkan. Kebanyakan kain di sini adalah kain lace dan sarat dengan manik atau labuci. Memang sangat bukan citarasa aku. Aku beli pun untuk diberi kepada saudara mara. Namun ada juga yang simple dan aku dapatkan untuk diri sendiri.

Kemudian kami bergerak ke bahagian pakaian. Tahu saja lah fashion orang Indonesia bagaimana. Namun skirt labuh, kardigan, jubah dan blouse di sini sangat cantik. Aku borong skirt labuh plain pelbagai warna dan corak, blouse bercorak kecil, jubah dan kardigan pelbagai gaya memandangkan umi juga sangat berminat dengan pakaian begini. Aku juga beli untuk ibu mentua aku walaupun tak pasti pakaian yang dia minat. Memang nafsu shopping di sini sangat membara. Tolong lah bawa cash banyak kalau tak nak rasa menyesal. Cuma hati-hati dengan pencopet. 

Di sini juga aku turut beli beberapa helai baju tidur. Kainnya yang sejuk selesa untuk tidur. Kalau nak beli pakaian jalan-jalan yang berjenama dan stylo, beli di butik. Tak tipu, pakaian di butik Bandung banyak yang lebih cantik dari di Malaysia walaupun seperti aku kata tadi, harga lebih kurang sama.

Memandangkan aku suka aksesori, boleh tahan banyak aku berhabis duit di situ. Rantai labuh, gelang dan cincin fashion aku beli bagai orang gila. Bukan apa, murah sangat! Cantik pulak tu. Kalau di Malaysia biasanya rantai labuh berharga RM30 atau kurang. Di sini paling mahal pun lebih kurang RM18. Apa lagi, memang aku gunakan peluang sebaik mungkin. Haq cuma mampu geleng kepala.

Oh Haq? Dia cuma beli makanan dan minuman di sini. Hahaa kesian lelaki tu terpaksa bawa barang aku yang terlebih muatan. Jadi, memang kena beli lagi satu bagasi. Hari tu juga aku dapatkan, boleh lah letak semua barang dalam tu. Tak ada lah sakit bahu dan pinggang nak mengangkut.

Handbag, kasut dan perfume pula Haq tak bagi beli, dia kata membazir beli sini. Tak ada kualiti. Kalau nak beli juga beli di Rumah Mode. Kualiti terjamin dan harga berpatutan. Sebelum berangkat ke Rumah Mode, aku beli cenderamata seperti keychain, beg telekung dan beg tote. Dari pagi beroperasi sehingga petang mereka mahu tutup kedai, aku di sini. 

Selesai solat jamak takhir, kami menuju ke Rumah Mode pula. Aduh, banyak yang aku beli jadi aku sangat malas mahu cerita. Ya lah aku beli bukan untuk aku saja, untuk umi dan ibu lagi... Mak-mak kesayangan tak boleh dilupakan. Pukul 8.30 malam baru lah tiba di hotel tempat kami menginap. Memang letih sungguh-sungguh. Haq pasti lebih letih. 

“5 juta rupiah habis untuk hari ni saja, Rayla.” Dia bersuara saat aku melangkah keluar dari kamar mandi. Terus aku tayang senyum tak bersalah. 5 juta rupiah bersamaan RM1500 lebih. Okey dah tu. Banyak tau aku beli. Boleh buka kedai sendiri di Malaysia nanti.

Nampak muka ketat dia, aku menghampiri. Lehernya aku rangkul dari belakang dan pipinya aku cium bertalu-talu. Tak cukup dengan itu, aku cium leher dan bahunya. Dadanya aku usap berkali-kali. Tak pernah lagi aku pujuk dia dengan cara begini. Dengan berkemban tuala, rambut basah... Aku harap dia sejuk hati melihat aku.

“Banyak sangat sayang beli.” Suaranya mengendur, lembut.

“Rayla beli untuk umi, ibu, saudara mara dan kawan-kawan. Memang lah banyak, abang.”

Dia diam. Duit dalam porch begnya dikira depan aku. Banyak lagi duit tu. Tebal berkepuk. Aku curi-curi kira juga.

“Esok kita pergi Trans Studio Bandung.” 

Aku mengangguk perlahan. “Ada apa kat sana?” Aku sudah maklum bagaimana tempat itu, sengaja buat-buat tak tahu. Lebih kurang sama dengan Universal Studio Singapore. Cuma yang aku tak tahu, ada tempat shopping tak di Trans Studio Bandung tu? Kalau ada, memang mampus aku rambang mata lagi.

“Ada permainan ekstrem yang Rayla suka. Esok tak boleh beli apa-apa kecuali makanan dan minuman.”

Alahai. Terus muncung mulut. Awal-awal lagi dia dah beri amaran tak boleh shopping. “Ye laaa...” Nasib baik tempat begitu tempat kegemaran aku. Tak ada lah ralat sangat tak boleh beli apa-apa pun.

Melihat dia tiada reaksi, aku malas memanjangkan perbualan. Segera membuka langkah ke bagasi, mahu memakai baju, namun rentapan di lengan buat aku terdorong semula kepada Haq.

“Kenapa, abang?” Soal aku bila dia masih diam tak bersuara.

Dia kemam bibir sendiri dan dijilat sedikit. Lembut dia elus rambut aku sebelum perlahan dia buka bajunya. Tinggal seluar tidur saja di tubuh. Tangannya dari bahuku diusap ke bawah sebelum dia ambil tanganku dan dipaut ke lehernya. Desah nafasnya kedengaran lain.

Dari caranya aku bagai mengerti dia menginginkan haknya, tak mahu bertangguh lagi. Mungkin juga dia mahukan aku sebagai upah untuknya yang menemani aku shopping sepanjang hari ini.

“Abang nak apa ni?” Perlahan aku menyoal walaupun aku sudah maklum keinginannya.

“Abang nak Rayla…” Tak ada basa-basi lagi.

Tangan kekarnya meliar di tubuhku sebelum dia leraikan simpulan tuala. Jatuh tuala itu di lantai, dia angkat kaki aku melingkari tubuhnya. Dengan aku yang tanpa seurat benang di dukungannya, rasa malu itu tak terkira.

“Selama ni abang hanya mampu lihat dan sentuh tubuh Rayla. Jujurnya, nafsu abang menggila setiap malam tapi demi menghormati pendirian Rayla, abang bertahan. Sekarang abang dah tak boleh sabar lagi nak rasa isteri abang sendiri.” Dia letak aku di atas meja solek. Rasa pasir yang menuruni kerongkong aku bila tangannya mencari sasaran dan bibirnya rakus mencumbu tubuhku. 

Dia benar-benar merasai aku. Aku tidak tahu mahu bereaksi bagaimana, malu tambah waswas, namun aku tak nafikan aku juga menginginkan Haq. Tubuhku memberi tindak balas yang luar biasa terhadap sentuhan dan rangsangannya. Hanya desahan yang aku beri tanda aku menyukai dan menghargai perlakuannya.

Dalam rakus dia mencumbui aku, aku tebalkan muka mainkan peranan aku. Perlahan-lahan aku meraba seluarnya dan menolak ke bawah. Sehingga seluarnya di pangkal paha, aku menolak seluar itu jatuh ke lantai menggunakan kaki. Dia mendukung aku semula, mengalihkan seluar sepenuhnya dari kaki, dan membawa aku ke katil. 

Tergamam aku bila dia lempar tubuh aku di situ. Aku mengesot menjauhinya, mencari sedikit ruang untuk mencuri nafas, tetapi dia tarik kaki aku mendekatinya. Aura dan caranya sangat lain. Aku nampak seorang Haq Raez yang baru. Aku tidak berdaya mahu memikirkan perubahannya bila dia sudah naik ke atas tubuhku. Melekap rapat. Dia bawa tubuh aku menggunakan tubuhnya ke tengah katil.

“Rayla manis sangat.” Bisiknya halus. Tangan aku ditekan di dada tilam. “Abang nak rasa setiap inci kulit Rayla.” Gumam dia tak tertahan.

Bibirnya bermula bermula di wajahku. Turun ke leher aku masih mampu mengawal rasa. Bila turun ke dada... Resah dan debar ini tak mampu lagi aku gambarkan. Aku mendesah-desah sambil meramas rambutnya. Selepas dia jilat pusat aku, dia terbalikkan tubuh aku supaya meniarap.

Dari bahu, bibirnya bergerak sehingga ke bawah. Terjerit kecil aku bila dia bawa bibirnya ke tempat yang aku tak jangka. Melepaskan rasa di situ sebelum dia melentangkan tubuh aku dan terus membenamkan wajahnya semula. Tanpa sepatah bicara dan tanpa sempat juga aku membuat apa-apa persediaan mahu menerima bibir dan rangsangan lidahnya.

Aku meraung perlahan namanya namun dia tak peduli dengan raungan aku. Lidahnya bermain di situ, sesekali dia mengemamnya geram.

Saat aku cuba menolak wajahnya, dia kepitkan kaki aku di kepalanya. Tidak mahu aku menghalang dan menganggu aktivitinya. 

“Abangg...”

Dia tidak menghiraukan desahan aku. Malah dia tarik tubuh aku bangun sebelum dia letak kepala di tilam. Lidahnya mencari sasaran dan aku pegang kepala katil dengan kuat cuba menahan nikmat yang tidak terperi. Dia tarik tubuh aku jatuh sepenuhnya namun aku berkeras tidak mahu. Dia tak putus asa, terus terusan menarik sehingga aku tak ada daya lagi mahu melawan. 

Lalu aku jatuh dalam pangkuannya. Kedua-dua tangannya sebaik mungkin menguasai dan mendominasi tubuh aku. Mencapai dan memegang apa saja yang dia inginkan.

Tidak terus menolak lagi, aku merelakan apa saja yang dia lakukan. Haq Raez tidak mampu aku kawal, hanya dia yang mengetahui cara untuk mengawalku. Lantas aku terus bersedia menjadi milik Haq Raez zahir dan batin.

Friday, August 28, 2020

BAB 8 - DENDAM TERAKHIR SEORANG LELAKI

 


KAMI tiba di Lapangan Terbang Bandung jam 11 malam (Malaysia) Bererti di Bandung sudah jam 12 tengah malam. Aku betulkan masa mengikut waktu di sini. Hampir setengah jam juga kami menunggu pemandu pelancong yang sudah ditempah Haq. Walaupun jam sudah lebih pukul 12 tetapi jalan raya masih sesak dengan kenderaan terutama motorsikal. 

Lebih kurang 45 minit di dalam kereta, akhirnya selamat juga sampai di hotel. Agak mewah hotelnya kalau aku kira di Malaysia hotel sebegini bertaraf 4 bintang. Aku tidak tahu berapa kos sebenar percutian bulan madu ini, semuanya diuruskan Haq. Aku cuma tinggal enjoy! 

Masuk ke dalam bilik, aku terpegun sendiri. Pemandangan yang tidak indah tapi cukup buat mata tertarik untuk terus melihat ke luar. Pembangunan yang bersepah-sepah, tidak terancang, sepanjang tepi jalan penuh dengan peniaga-peniaga kecil... jalan raya yang sentiasa dipenuhi segala jenis kenderaan... Memang kalah teruk KL! Pun begitu, itu lah keunikannya.

Asyik aku memerhati pemandangan di luar, sedar-sedar sudah ada tangan yang memeluk tubuhku dari belakang. Aku mengeratkan dakapan menjadikan ia bertambah hangat.

“Esok kita pergi tempat yang menarik kat sini. Banyak sebenarnya, ada yang tak sempat pergi pun nanti.”

“Rayla tahu. Dah google sebelum sampai sini. Banyak tempat shopping tau abang. Murah je. Rayla dah list tempat-tempat yang best.” Bersemangat aku memberitahunya. Namun dia kelihatan seperti leka dengan perkara lain.

 “Ya ke? Nanti kita pergi k.” 

Aku senyum sendiri bila lilitan tudung terasa dileraikan. Aku hanya membiarkan dia buat apa yang dia mahu. Habis leher aku diteroka, dia mula mencari hujung baju. Aku tahu sasaran bibirnya. Dan aku takkan benarkan untuk malam ini.

“Rayla nak mandi...” Aku berpaling memandangnya. Jelas mukanya tidak mengizinkan aku ke mana-mana tapi aku tetap menjauhinya. Membuka bagasi dan mencari pakaian tidur untuk ditukar. Melihat dia masih berdiri tidak mahu berganjak, aku mendekatinya semula. Membuka pakaiannya dan menarik tangannya ke kamar mandi. Aku tahu dia rasa ditolak dan aku tak mahu dia fikir yang bukan-bukan.

“Mandi sama nak? Ada jakuzi! Nanti Rayla tolong gosok-gosokkan badan abang, abang nak Rayla urut pun boleh.” Pujuk aku lembut. Mukanya yang tadi tegang mula mengendur.

“Kenapa Rayla selalu menolak bila abang mahukan Rayla?” Tak kuduga dia akan menyoal aku tentang itu. Aku diam seketika, mengambil tangannya dan aku lingkarkan ke pinggang aku. Dalam jakuzi kami berendam bersama-sama. Dia di belakang dan aku di depan. Aku tak nampak riak mukanya cuma aku pasti dia kecewa dengan penolakan aku.

“Rayla tak sayangkan abang?”

“Rayla sayangkan abang. Bukan sengaja Rayla nak menolak. Cuma masa tak sesuai and Rayla rasa tak bersedia. Takut nak menghadapi situasi tu.” Dan aku rasa waswas dengan Haq. Seperti Ada yang tidak kena. Entah lah, mungkin helah dan tipu daya syaitan.

“Hmmm...” Dia menarik aku lebih rapat padanya. Tangan kanannya meramas dadaku manakala tangan kirinya menjalar ke kelengkang aku, mengusap perlahan. Aku cuma diam menurut perlakuan Haq tanpa ada niat mahu membantah. Ringan-ringan boleh, yang berat tunggu lah sedikit masa lagi. Aku juga perlu bersedia mental dan fizikal. Hubungan dua hala tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

 

HARI kedua kami di sini, Haq minta pemandu pelancong kami, Pak Alex ke kawah putih. Aku tak tahu lah apa benda yang ada kat sana tapi Haq menyuruh aku memakai baju tebal. Sejuk kut kat sana. Aku pun tak dapat agak. Hadap saja lah. Ada yang nak bawa pun aku sudah cukup bersyukur.

Dari hotel kami menginap, lebih kurang sejam setengah juga hendak tiba di sana. Ditambah pula dengan jalan yang sentiasa sesak, agaknya dua jam perjalanan kami. Sebelum tiba di kawah putih lagi aku sudah terasa sejuk yang mencengkam. Boleh bayang tak di kawah putih nanti sejuknya macam mana? Tahap beku kut!

Oleh kerana kawah tersebut mengeluarkan kabus dan bau yang kurang menyenangkan, Haq terpaksa beli mask untuk aku dan dia. Ramai juga yang ke sini, walaupun bagi aku tak ada apa-apa yang menarik, selain pemandangan kawah putih yang cantik, suhu rendah, bau yang tak selesa di hidung, tapi kelihatannya Haq sangat menghargai tempat ini.

Aku cuma mengikut langkahnya. Ada kalanya dia menghampiri kawah yang tidak lagi aktif itu dan ada masa dia memusing 360 darjah melihat suasana di sekeliling. Aku kira dia begitu menyukai tempat yang damai begini berbanding aku yang suka aktiviti lasak dan ekstrem. Tempat yang bagi aku tiada apa-apa seperti ini sangat membosankan.

“Abang...” Aku datang memeluk pinggangnya. Dia tersentak sedikit sebelum menoleh memandang aku. Tersenyum lebar.

“Suka sangat eh?” Aku balas senyumannya.

Dia mengangguk seraya merangkul bahu aku rapat padanya. “Sayang sejuk?”

Gila tak sejuk. “Tu yang datang peluk abang ni.”

Sorry abang tak sedar. Ralit sangat...”

“Eh tak apa lah. Rayla tak kisah pun. Oh ya, abang nak tangkap gambar tak? Meh Rayla ambilkan.” Aku keluarkan handphone membuka aplikasi kamera. Tak tunggu persetujuannya. Sebenarnya aku kekurangan gambar suami aku jadi sementara ada peluang mengambil gambarnya akan aku ambil banyak-banyak.

Baru saja aku melepaskan pinggangnya, dia segera tarik tangan aku meletakkan semula di tempat tadi. “Kita welfie lah. Ada Rayla baru cantik gambar.”

Hah. Ayat manis dari Haq. Aku berchia-chia dalam hati saja lah. Tak tertunjuk rasa teruja di depan lelaki ini.

Dalam beberapa gambar welfie, aku hanya mampu senyum malu. Selebihnya aku toleh pandang ke arah Haq kerana dia buat benda yang aku tak sangka!

“Abang... orang ramai ni.”

“Dorang tak pandang. Cepat tangkap.”

Ya lah tu! Aku mula diserang penyakit parkinson. Entah kabur kut gambar yang aku ambil. Semuanya gara-gara Haq. Ambil gambar biasa-biasa je tak boleh ke? Perlu ke buat begini?

“Dah lah tu.” Biasanya aku tak pernah menolak perlakuan gatal Haq, tetapi sekarang aku terpaksa menolak demi maruah kami berdua. Mana boleh sesuka hati menggatal merenyam di depan orang ramai. Tak malu ke?!

Aku sedaya upaya mahu loloskan diri tapi Haq ketatkan rangkulan. Sebelah tangan di perut aku dan sebelah lagi di dada aku. Bibirnya sejak tadi meronda di pipi dan tepi bibir aku. Bukan aku tak tahu dia sengaja ambil kesempatan.

“Sejuk-sejuk ni best kalau peluk sayang. Best lagi kalau dapat makan sayang.”

Dia mula dah. Dia mula dah! Sehari tak mengungkit bab bilik tidur tu tak sah.

“Geram abang nak gigit-gigit kulit sayang ni.” Sejurus itu dia gigit pipi aku. Terjerit aku menerima gigitannya itu. Tak sakit cuma terkejut.

“Haq, seriously can you behave?”

I can't, Rayla. Selagi tak dapat sayang abang tak boleh behave. Sebenarnya, abang tak nak behave.”

Amboi! Rasa seperti diugut pun ya juga. Sejak bila Haq jadi begini? Aku mula rasa tak enak. Aku tak mampu jangka tindakan Haq. Apa yang dia mahu lakukan?

Pak Alex, bisa bantu rakam gambar kami? Kasi lucu ya.” Haq segera mengambil handphonenya dan diserahkan kepada Pak Alex. Terus aku membatukan diri bila Haq pusingkan tubuh aku memandangnya.

“Sayang abang tak?”

Okay soalan perangkap. Apa akan jadi kalau aku jawab sayang? Kalau aku jawab tak sayang, bagaimana pulak reaksinya nanti? Haq ambil tanganku dan dipaut di lehernya. Manakala lilitan tangannya di pinggangku makin dieratkan. Entah berapa banyak dah Pak Alex tangkap gambar kami candid begini. Aku tak sanggup nak kira.

“Sayang tak?” Sekelip mata ciuman hinggap di dahi. Aku makin tertegun di situ. Malu sampai tak terkeluar suara memberikan jawapan. Seperti banyak mata yang memandang ke arah kami dan aku tak tahu mengapa aku rasa berdosa.

“Sayang?” Bibirnya di pipi aku. Ciuman yang bagai renjatan itu buat aku laju menganggukkan kepala. Tujuan aku cuma satu, tak mahu dia teruskan ciumannya tapi nampaknya aku silap besar.

Good. Abang akan buat Rayla makin sayangkan abang.” Tahu bibirnya di mana sekarang? Aku tak sanggup nak buka mata pandang sesiapa, jadi aku tutup mata seperti terkatupnya mulut aku dek mulut Haq.

Selepas solat jamak maghrib dan isya', Haq ajak aku jalan-jalan di sekitar luar hotel. Sepanjang tepi jalan yang menjual pelbagai barangan, tidak ada satu pun yang menarik perhatian Haq. Berbeza denganku yang terasa mahu beli semua benda. Malah beg yang ada sulaman gambar Mr. Bean pun boleh buat aku tertarik!

Lemah lembut aku memujuknya memberiku wang. Bila ada duit kat tangan baru senang hati nak beli apa-apa. Aku fikir Haq tidak mahu melayan permintaan aku, kerana dia buat tak dengar saja bila aku bercakap. Tapi akhirnya dia bagi Rp 500,000 bila aku benarkan dia meminta balasan daripadaku.

Dan balasannya, malam nanti aku tak boleh tidur sebelum dia. Aku tak tahu apa rancangan dia tapi sebab aku nak duit dia, kena hadap saja lah apa pun yang dia minta.

Thursday, August 27, 2020

BAB 7 - DENDAM TERAKHIR SEORANG LELAKI

 


TIBA di bengkel tersebut, aku terpempan sekejap. Tak sangka besar juga bengkel ini. Aku fikir dia bekerja di bengkel biasa saja. Aku memerhati sekeliling bengkel itu. Dijaga dengan baik. Persekitaran agak bersih. Spare part kereta disusun dengan kemas.

“Apa nama bos abang eh?”

“Kenapa nak tahu?”

“Kenapa tak boleh tahu?”

“Pandai menjawab mulut tu. Tak pernah kena cium agaknya.” Dia cubit bibir aku. Betul, selama ini dia tak pernah cium bibir aku. Entah la apa yang dia tunggu. Tunggu aku mulakan kut. Memang tak lah. Malu. Kut, hehe.

“Balik rumah ni rasa nak cilikan je bibir Rayla.” Aku terus ketap bibir mendengar ugutannya. Aku tak tipu, memang jenis tak peduli betul perangai lelaki ni. Apa yang dia cakap dia akan buat. Sesuka hati dia saja mahu lunyaikan aku.

Selama ni... Kalau rasa mahu cubit punggungku, dia cubit saja bila-bila masa dia mahu. Kalau rasa nak tarik kaki aku, dia tarik je tak peduli aku jerit macam orang gila sekalipun. Aku takut tempat tinggi, tempat begitu lah dia bawa aku. Aku mandi lama, dia tutup paip utama. Masa tu sedang syok shampoo rambut. Kesian aku mengagau cari pintu tandas dengan berkemban, memujuk dia buka paip itu semula. Akhirnya dia buka lepas aku setuju mandi dengan dia. Pernah dia lempar lipas mati kat aku, pitam aku dibuatnya.

“Cepat jawab.” 

“Tak payah tahu lah. Dia agak muda, handsome pulak tu... takut Rayla terjatuh hati, susah abang. Dah lah hari tu kata mechanic ni hot.” Dia mencebik.

 “Iskk! Rayla dah ada abang, takkan terjatuh hati. Lagipun perempuan mana boleh kawin ramai. Boleh lah… Rayla nak tahu je siapa bos abang.”

“Hmm... Nama ayah dia Haiyat.” Dalihnya.

“Apa kena mengena dengan ayah dia?” Seperti pernah dengar saja nama itu.

“Dah dia anak lelaki ayah dia.”

Alahai laa... Sakit hati sungguh bercakap dengan manusia spesies macam ni.

Okay fine. Tak nak beritahu tak apa. Malam ni Rayla tidur bilik sendiri.” 

“Oh okey suka hati lah. Jangan gedik cari abang malam-malam buta nanti sudah.”

Arghh! Aku tengok muka dia pun dah tahu dia nak buat apa kalau aku tidur bilik sendiri. Aku ugut dia, dia ugut aku balik siap dipakejkan dengan kutukan sekali. “Abang ni jahat sangat lah. Sakit hati Rayla layan abang!” 

Dia pandang aku dengan muka jahatnya sebelum terus lambakkan tawa. Berdekah-dekah tawanya saat aku makin masamkan wajah. Bila aku berdiri berpeluk tubuh sambil membelakanginya, baru lah dia tarik tubuh aku dan dipeluknya ketat. 

“Okey-okey... Sebenarnya ni bengkel abang. Abang punya. Nama bos tempat ni, Haq Raez. Alhamdulillah bengkel ni sedang berkembang maju. Abang bergurau je tadi, Rayla. Sakit hati eh? Mana hati? Kat sini kan? Meh abang tolong usap.” Dia ambil kesempatan mengusap dada aku berkali-kali.

See. Macam tu lah Haq. Bila aku merajuk baru lah dia mengalah. Tu pun boleh lagi dia permainkan aku. Hmm betul lah bengkel dia. Jadi kalau tengok rupa bengkelnya ini, gaji dia pasti banyak. Belum masuk untung. Tak ada harta konon!

“Malam ni tidur bilik abang k sayang?” 

Eleh. Dia pun takut aku tak mahu tidur dengan dia.

“Tak nak.” 

“Jangan lah macam tu. Abang tak boleh tidur kalau tak peluk Rayla.”

“Baru berkawan dah berani peluk Rayla! Bukan setakat peluk, habis semua abang...” 

“Alaa tak nak lah ungkit macam ni. Rayla pun suka abang raba kan? Siap ambil tangan abang letak kat...”

“Haq Raez!!!” Eeee menyakitkan hati sungguh lah lelaki ni! Aku nak kenakan dia, dia kenakan aku balik.

“Apa? Tak betul ke abang cakap?”

“Tak! Abang yang usap-usap perut Rayla. Rayla geli.”

“Oh, kat perut geli. Kat bawah tu tak geli? If that’s the case, malam ni boleh lah abang…”

“Eeeeee dah dah, tak kuasa nak layan abang lagi!” Aku terus menonong pergi, sepantas kilas masuk ke dalam kereta. Tersenyum panjang, dapat aku rasa bahang pada wajahku. Tak kuasa nak layan konon!

 

SEBENARNYA, masa 'bercinta' kami sedikit hambar. Setiap hari Haq pulang lewat dan tak berminat mahu bercinta dengan aku. Tidur pun kadang kala dia terlelap dulu. Aku yang buat muka tak malu tidur di bilik Haq dan peluk dia. Aku faham dia letih tapi sikap dia buat aku overthinking. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui kehadiran Amy dalam hidupnya. Aku risau mereka sentiasa berhubung yang tidak melibatkan kerja.

Malam ini sekali lagi dia pulang lewat. Hampir pukul 1 aku menunggu kepulangannya. Baru nak terlena masa itu terdengar bunyi enjin kereta. 

“Lewat abang balik.” Aku menghulur gelas minuman padanya. Sekali teguk habis semua dalam gelas mendinginkan kerongkong.

“Abang letih ni. Rayla masak tak?”

“Masak. Abang nak makan? Rayla pergi panaskan lauk.”

“Teman abang kejap.” Dia buka baju dan rebahkan diri meniarap di atas sofa. 

“Duduk atas belakang abang. Urut belakang badan ni. Lenguh.” 

Aku akur, ambil minyak angin dan teragak-agak aku naik sebelum duduk di atas belakangnya. Minyak itu aku curah di sekitar bahu dan belakang tubuhnya. Aku mulakan dengan urutan dan picitan perlahan. Semakin lama semakin kuat, dapat aku dengar desahan dia. Sedap kan abang? 

“Sedap yang.” Eh macam tahu je aku tanya soalan tu.

“Banyak angin jahat dalam ni.” Leher dan bahunya aku urut.

“Itu lah. Nasib baik kekasih abang ni pandai mengurut. Dah lama terseksa menahan lenguh-lenguh.”

“Rayla pandai urut abang je. Ni abang nak makan tak?” 

“Abang nak makan Rayla... boleh?”

Boleh abang. Nanti Rayla panaskan diri sendiri, warm up dulu ya. Aku cuma jawab dalam hati. Haq selalu minta saat aku sedang bendera merah. Memang tak dapat nak menolong lah. Time aku bebas dari kotor, dia tak pernah minta. 

Ya, aku masih dara. Jujurnya aku masih ada rasa waswas dengan Haq. Dia seperti kecelaruan identiti. Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku ada rasa something wrong somewhere. Hati aku bagai mengesan sesuatu yang ‘tak sedap’ namun aku juga takut aku salah percaturan. Jadi aku pun masih tak berani mahu beri dia mencerobohi aku.

“Tak boleh lah tu.” Desis dia tak puas hati.

Dah tahu tak boleh buat apa tanya lagi. “Dah siap urut. Jom pergi makan. Rayla masak kari ayam je malam ni.” Aku bangun dari tubuhnya. Cepat dia tarik semula jatuhkan di sofa dan hempap tubuh aku dengan tubuhnya. Dia tahan kedua-dua belah tangan aku di dada sofa.

“Kita tengah bercinta sekarang. Takkan lah abang tak boleh rasa kekasih abang sendiri?” 

“Mana boleh. Dosa. Dah kahwin nanti baru boleh rasa.”

“Sayangggg, tak nak lah macam ni....” Mula lah tu mengada dia. Tak betul ke apa aku cakap? Dah kahwin baru boleh lebih-lebih. Masa bercinta tak boleh.

“Kita ringan-ringan je boleh?” Dia masih tak puas hati.

“Ringan macam mana?”

Dia terus pandang bibir aku. Aku tersenyum kecil. Faham keinginan dia. Nampak halkum dia bergerak menelan liur. Perlahan dia rapatkan wajahnya ke wajah aku. Sikit lagi mahu bersentuhan, aku toleh ke sisi kiri. Tersasar bibirnya ke pipi aku. Sekali lagi dia cuba dan aku toleh ke sisi kanan. Tersasar lagi ke pipi. Aku ketawa geli hati.

Dek kerana kegeraman, terus dia serbu bibir aku rakus. Tak mampu lagi aku mengelak, aku mengalah. Lemah lembut aku mula paut lehernya dan menarik dia lebih jatuh di atas tubuhku. Lama kelamaan dia melemahkan cumbuan. Mahu aku turut membalas sama cumbuannya.

Dan perasaan kami larut bersama dalam kepekatan malam.

BAB 6 - DENDAM TERAKHIR SEORANG LELAKI


KALAU dulu tugas beli barang basah dan barang dapur cuma Haq. Mungkin sebab dia tahu hanya dia yang banyak bazirkan makanan. Tapi sekarang aku akan mengikut sekali. Cerewet juga lelaki ini memilih barang. Aku yang perempuan pun tidak begitu. Bosan menunggu Haq memilih dan meniliti, aku melangkah ke bahagian alat solek. 

Tak minat sangat sekadar mahu belek-belek harga dan kegunaannya. Seringkali aku hanya memakai compact powder dan lip bum. Melihat pelbagai jenis alat solek ini... Pening juga kepala kerana banyak sangat jenama dan warna. Tak tahu mana yang bagus dan elok untuk kulit aku. 

Sudahnya, aku tak ambil langsung. Kaki menapak semula ke bahagian makanan mencari kelibat Haq. Nampak dia di bahagian sayuran, aku cepatkan langkah. Belum aku memanggil namanya, terdengar suara di belakang aku memanggil dia. Terhenti langkahku, lekas memalingkan semula tubuh membelakangi Haq. 

Kelihatan seorang perempuan tidak bertudung, agak terdedah pakaiannya pada pandangan aku berlari anak ke arah Haq. Oh no, siapa pula dia? Aku menyembunyikan diri di belakang rak berdekatan. 

“Haq!”

“Hey Amy. Tak sangka jumpa you di sini. Sorang ke?”

Aku curi-curi mengintai dan memasang telinga.

“Aah sorang. Haq?” 

Rapatnya mereka berdiri. Seperti ada duri yang mencucuk hati aku melihat kemesraan mereka. Kenapa orang ketiga selalu muncul saat-saat bahagia?

I come with someone.”

Someone? Kenapa tak cakap isteri? Aku merungut sendiri. 

Oh I see. Banyak belanja?” Ramah sungguh yang namanya Amy tu!

“Biasa lah...” Balasan yang ringkas itu sedikit sebanyak melegakan perasaan aku.

“Eh anyway, ada seorang kawan I nak hantar kereta dia di bengkel you. Ada kosong tak?” 

Bengkel you? Bengkel Haq ke? 

I don't think so. Bila nak hantar? Kereta makin banyak lah kat bengkel tu. Semua nak cepat, pening kepala I.”

Maybe lusa. Alaa tak apa lah kalau lambat. Dia pun faham.”

“Kereta apa?”

 “Mazda CX5.”

“Oh CX5 model lama ke? Kalau yang terbaru pergi lah workshop centre dia.”

“Model lama la Haq.”

“Apa masalahnya sampai nak hantar bengkel? Kalau setakat masalah kecil tu I boleh pergi sana. Tak payah serabutkan bengkel I dengan kereta dia.”

Accident lah. And dia nak cat baru. Spark red.”

“Teruk sangat? Ada gambar?”

“Boleh tahan teruk. Nanti I hantar gambar kat whatsapp.”

“Ohh okay lah macam tu. Nanti I confirm balik kalau ada kosong. Kalau tak nak tunggu, pergi workshop lain. I can't promise anything.” 

Alright. Boleh letak kereta tu di bengkel you tak?”

“Kena curi I tak tanggung. Belambak dah kereta di bengkel tu. Takut terlepas pandang. So better simpan sendiri nanti I book masa untuk kereta tu. Tiba masa suruh kawan you bawak bengkel I. Gambar jangan lupa.”

Berapa banyak kali dah Haq sebut bengkelnya. Memang bengkel kepunyaan Haq atau sekadar menyebut. Tak boleh jadi ni, aku kena pergi bengkel dia secepat mungkin.

“Okay, Haq. I selalu kata kat kawan-kawan I bengkel kereta you memang recommended tau.”

“Oh ya ke? Thanks a lot. Bengkel biasa je. Baru nak maju. Disebabkan customer macam you ni lah bengkel I tak putus-putus dengan kereta rosak.”

“Hahaa ada-ada je lah you ni Haq. I told them the truth. Barang baik mesti dikongsi.”

“Tu I setuju.”

Ahh entah bila mereka mahu berhenti berbual. Naik kematu kaki aku berdiri di sini. Baik aku pergi tegur dan buat muka tak malu. Kemas langkah aku menuju ke arah mereka. Bila Haq terpandang aku terus dia gamit mendekatinya.

“Pergi mana? Lama sangat menghilangnya.” 

“Pergi sana kejap. Tengok apa yang patut.” Serba salah aku mahu bercakap dengan Haq bila ekor mata menangkap pandangan lurus Amy ke arah aku.

“Siapa ni, abang?” Aku ambil kesempatan menyoal bila Amy tak lepas memandang aku. Ya memang aku tak secantik dia tapi aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi.

“Ohh ya... ni Amy. Customer abang. Kenalkan Amy, this is Rayla. Isteri I.” Haq memperkanalkan aku kepada Amy. Segera aku hulur tangan kepadanya, mujur bersambut walaupun sekejap cuma.

“Isteri you? Bila you kahwin?” Amy menyoal sinis.

“Ya isteri I. Sorry lah tak jemput. Eh okay lah lama pula bersembang ni. I got to go. Jangan lupa whatsapp gambar kereta tu. Jom Rayla.” Lekas Haq menarik aku menjauhi Amy. Terkocoh-kocoh aku menurut langkahnya. Hmm macam ada sorok sesuatu saja ni.

“Abang ada sorok something pasal Amy tu?” Dalam kereta aku menyoal. Haq tidak memberi jawapan, selamba dia menyanyi membiarkan soalan aku terbang begitu saja.

“Abang,” aku cubit paha dia. Sempat dia mengaduh kesakitan sebelum mengambil tangan aku dan diletakkan di atas pahanya.

“Mana ada abang sorok something. Amy tu customer yang mulut murai. Tu je.”

“Tipu!” Aku cubit paha dia lebih kuat. Banyak lah mulut murai. Padahal depan Amy tadi bukan main puji.

“Betul lah. Tak percaya? Tak nak percaya sudah. Namamu Raylah. Tetekmu sebelah.” Sakan dia mengejekku.

Terjegil mata aku memandang dia. Selamba dia mengutuk aku begitu rupa. “Eeee benci tau abang ni! Malas kawan!” Aku selalu dibuli dan diejeknya. Dasar pembuli!

“Oh ya? Abang pun rasa dah lama kita kawan. Lebih kurang sebulan dah kan? Apa kata kita putus kawan then kita bercinta. Amacam okay?”

Aku diam. Memandang lain dan menarik tanganku dari melekat di pahanya. 

“Sayang abang...” 

Aduh. Kenapa lah dia suka sangat seksa aku begini. “Rayla cemburu eh?” Tangan dia pula melekat di pahaku.

“Kalau cemburu tandanya sayang. Okey lah kita betul-betul putus kawan. Abang nak bercinta dengan Rayla pula.” Pahaku diusap lembut.

“Raylaaaaa...”

“Rayla takkan cakap dengan abang selagi abang tak beritahu perkara sebenar.” Aku letak tangannya di tempat lain. Suka sangat sentuh aku begitu. Tak padan dengan hubungan kawan yang sering dicanangkan!

“Hish, gedik betul lah dia ni.”

Tengok perangai dia! Suka hati saja kata aku gedik!

“Hmm. Sebenarnya Amy pernah nak test abang sebab abang kata pada dia abang single. Tapi abang tolak permintaan dia secara baik. Jangan salah faham, masa abang kata abang single tu, kita tak 'kawan' lagi.”

Terkesima aku dengar jawapannya. “But still abang kata abang single. Entah dah jatuh talak pun pada Rayla.” 

“Rayla! Tak lah. Jangan cakap bukan-bukan, abang gigit bibir tu nanti.”

“Sampai hati abang mengaku single...” 

“Alaa bukan salah abang, memang masa tu abang rasa single. Let bygones be bygones. Please? Sebelum ni abang tak ada perasaan pada Rayla. I made mistake. People make mistakes, Rayla.” 

Aku diam. Cakap apa pun pasti dia menangkan dirinya.

“Okay lah macam ni. Rayla nak abang buat apa atau bawa pergi mana untuk gembirakan hati Rayla? Fun fair? Makan? Pantai? Abang sedia berkhidmat.” 

“Bengkel abang kerja.” Tak fikir apa pun terus aku cakap destinasi yang aku ingin pergi. Terdiam dia beberapa minit. Berhenti di lampu isyarat, dia pandang aku.

“Hari Ahad, sayang. Bengkel tak buka.” Aku nampak muka dia yang cuba beralasan. Apa pula Ahad bengkel tak buka? Patut hari Ahad la kena buka bengkel.

Take it or leave it.” 

“Amboi, daring dia sekarang! Daring ehh... Daring ehh...” Dia merapat langsung digeletek pinggang aku. Terjerit-jerit aku mahu melepaskan diri. Bahaya betul lah dia bergurau dalam kereta. Dia akhiri gurauannya dengan meraba dada aku. Kata tetek aku sebelah konon padahal dia lah paling kuat meraba di situ.

Ergh kawan apa lah begini. Suka sangat mencabuli aku. Kalau nak tidur tu lagi lah liar tangan dia. Atas bawah semua dia raba. Tak cukup satu tangan dia guna dua tangan. Pandai dia ambil kesempatan di atas katil kecil tu. Nak mengelak pun tak boleh. Sudahnya aku biarkan saja dia buat apa yang dia mahu. Special kan...

“Okey kita pergi bengkel. Tapi Rayla kena setuju bercinta dengan abang?” 

“Apa beza berkawan dan bercinta?” 

“Ada lah bezanya...”

Tengok muka jahat dia tu pun aku dah dapat agak dia nak buat apa. Kalau setakat 'berkawan' pun dia boleh meraba mencuri cium aku, apalagi 'bercinta'.

BAB 5 - DENDAM TERAKHIR SEORANG LELAKI


SUDAH tiga hari berturut-turut dia minta nombor akaun bank aku tetapi sengaja aku buat-buat lupa. Kali ini dia tak mahu berkompromi lagi. Sampai sanggup mencemar kaki masuk bilik aku semata-mata nak nombor akaun bank. Aku juga tak terfikir dia boleh selamba redah bilik aku.

“Nak bagi ke tak?” Dia kepung aku yang sudah melekat di almari. Wajah aku yang setara dengan dadanya aku tundukkan lagi. Tak pernah serapat ini dengan dia dan jujur aku bahagia walaupun sukar mahu hapuskan debar yang tak jemu bertandang.

Bila muka dia makin jatuh mahu mendarat di leher aku, aku segera bersetuju untuk memberinya nombor akaun tersebut. I want to play hard but I truly can't. Aku sangat suka perasaan berada dekat dengannya dan aku tak pandai mahu mengawalnya. Gelora di jiwa bergoncang dengan sangat kuat. Aku masih perlukan masa untuk belajar menenangkan diri setiap kali mahu menghampirinya.

Sejurus memberi nombor akaun bank aku, terus dia melakukan transaksi online. Terkejut aku dengan kesungguhannya. Betul lah kut mungkin ego dia tercabar. Atau pun dia rasa serba salah dengan aku. Bila aku check malam itu, lebih membuatkan aku terkejut dengan jumlah yang dia beri. RM2500. Agak banyak jumlah itu bila aku fikir pekerjaannya. Aku tak mahu susahkan dia. 

Dan malam itu juga aku beranikan diri ketuk pintu biliknya, dengan alasan yang aku kira munasabah. Komplen duit yang dia beri terlalu banyak. Lagipun awal lagi mahu tidur. 

Hmm. Sebenarnya aku rindukan dia walaupun sekejap tadi berbual dengannya. Aku tak puas mencuri masanya. Dua kali aku ketuk pintu baru lah dengar suara dia meminta aku masuk. Ohh... Kebiasaannya dia yang akan keluar dan bercakap dengan aku di luar.

“Kenapa?” Sepatah dia menyoal bila aku menutup pintu. Sibuk dia melayari internet. 

“Err tak... Yang duit awak bagi tu kan...”

Dia alihkan mata dari skrin komputer memandang aku. “Kenapa? Tak cukup? Sikit sangat?”

“Eh bukan... Sebenarnya banyak sangat tu. Saya bukan buat apa pun.” 

Then saya kena ambil balik apa yang saya bagi? Buruk lah siku saya nanti?” 

Aduh. Ya tak ya juga. Dahi yang tidak gatal aku garu perlahan. Kenapa aku tak fikir soal ini tadi? Masakan dia mahu ambil semula duit yang dia berikan pada aku. Kalau setakat nak komplen esok pagi pun boleh. Kenapa mesti malam ini juga? Serba salah aku melihat muka tak ada reaksi dia. Mesti dia fikir aku sengaja cari alasan mahu bercakap dan berbual dengannya. Alaaa malunya aku! 

“Sini kejap.” Arah dia tiba-tiba bersama gerakan jari telunjuk. Dia mengarah aku seperti aku benar-benar di bawah telunjuknya. Aku akur. Ya lah aku memang sentiasa menunggu arahannya.

“Tengok tu.” Dia muncungkan bibir ke arah komputer. Aku toleh pandang sebelum menundukkan sedikit tubuh. Tidak aku duga saat aku cuba melihat apa yang terpampang di komputer, dia langsung tarik tubuh aku jatuh di atas ribanya. Spontan tubuhku mengeras. 

“Awak...”

“Tengok saya buat apa? Tengok komputer tu.” Tangan dia menjalar di pinggang aku. Merangkul erat. Jantung aku berdegup terlalu pantas. Bagai mahu melompat keluar dan mencari tempat untuk menyorok. Kalau tadi setakat main-main kepung, sekarang.... Permainannya semakin hebat!

Wajah dia merapati wajah aku. Tangan aku diambil dan diletak di bahunya sebelum dia kembali memeluk pinggangku. Aku tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Tadi sebab tak puas mengada-ngada dengan Haq, aku sanggup menebalkan muka ke sini. Sekarang, terus Tuhan bagi apa yang aku inginkan. Pun begitu, kedudukan ini terlalu mesra dan intim. Sedangkan hubungan kami masih di awangan tanpa hala tujuan.

Relax lah. Pucat sangat muka tu. Saya bukan hantu.” 

Aku berdeham perlahan. Tak keluar suara pun. Suara aku pun dah sesat dalam kerongkong mendengar suaranya rapat benar di telinga. Belum habis debar, terasa pula tangan kekarnya mengusap-usap pinggang dan perutku. Senak sungguh perutku dia kerjakan. 

“Tengok komputer. Bukan saya. Tak ada apa yang istimewa kat muka saya. Kalau nak tengok sangat tengok atas katil nanti.” Sekali lagi dia bagi amaran. Erkk. Terus aku pandang komputer walaupun tak boleh fokus.

Tertera di situ.... 'Percutian ke Bandung'. Buntang mata aku. Siapa pula nak pergi bercuti? 

“Apa ni awak?”

“Tak reti baca?” Sedas kena perli.

“Maksud saya, kenapa awak tunjuk ni pada saya?”

“Awak rasa?” Dia main balas soalan pula. Tak sempat aku berfikir panjang, dia sudah berdiri bersama aku dalam dukungan. Dek kerana risau tergolek jatuh, rela hati aku paut lehernya.

“Awak...” Risau aku melihat bening matanya. Bagai sedang meminta sesuatu daripada aku dalam diam.

“Awak datang ke bilik saya tanpa saya suruh. Terima kasih. Saya anggap awak rezeki terbesar saya yang Tuhan turunkan.”

Rezeki dia? Apa maksudnya? Katil bujang tu pun bagai menggamit kami ke sana buat aku bertambah resah.

“Awakkk, sayaa...”

“Panggil abang.” 

Kepala lutut aku mula longgar mendengar arahannya itu. 

“Panggil abang. Abang takkan marah lagi. Abang takkan halau lagi. Panggil abang, Rayla.” Sumpah suara dan mukanya saat ini terlalu manis untuk aku telan. 

“Rayla, panggil abang...”

“Abang...?” Aku akur lagi dengan arahannya. Kalau sebelum ini dia mengarah aku tanpa nada sekalipun aku menurut... apatah lagi dengan suara romantis begini.

“Ya, sayang.” Balasnya sebelum bertindak mencium pipi aku. Lama. Aduh, sayang? Dia sayangkan aku? Benarkah... Dan ciumannya terlalu hangat menyebabkan aku terpaksa menolak mukanya menjauh. Ciuman pertama yang aku rasa ikhlas dan ada rasa sayang tapi entah kenapa ada rasa risau untuk menerima.

“Kenapa dengan aw... bang?”

Dia senyum, berjalan perlahan ke arah katil, aku kira. Aduh duh duh.... Aku tak buat apa-apa persiapan lagi. 

“Abang...” Lembut aku memanggilnya.

“Hmm... Abang tak tahu Rayla boleh terima abang atau tak. Abang tak tahu selama ini Rayla ikhlas bersama dengan abang atau tak. Abang cuma tahu selama setengah tahun ni hanya Rayla seorang yang berusaha untuk menyenangkan hati abang. To be honest, I am touched.” 

Tak berkelip mata aku memandangnya. Aku masih diam membiarkan dia terus berkata-kata.

“Abang selalu cuba nak rapat dengan Rayla, tapi abang segan. Abang tak boleh terima hakikat andai Rayla menolak kehadiran abang. Jadi abang biarkan dulu, sekadar nak tengok rentak Rayla. Masa kita daki bukit tu... Rayla nampak selesa dengan abang, dan abang sedar Rayla nakkan perhatian abang. Terdetik dalam hati abang... Mungkin ini permulaan dalam perhubungan kita...”

“Rayla memang selalu nakkan perhatian abang... Rayla selalu kata pada diri sendiri, tak apa lah abang tak dapat layan Rayla seperti seorang isteri sekalipun tapi bagi lah perhatian pada Rayla walaupun sebagai kawan.” Aku mengiakan malu-malu.

Melebar terus senyuman dia. Bibirnya singgah lagi di pipi aku. Ya Tuhan, rasa bahagia ini tidak terucap. “Kita mulakan hubungan dengan kawan... boleh?”

Aku angguk perlahan. Bersetuju. Lapang dada aku dengan penerimaannya. Masa itu juga dia letak aku di atas katilnya.

“Tidur sekali... boleh?” Dia turut naik ke atas katil bujangnya itu.

“Tapi kawan tak tidur sekali.” 

“Kita special sikit. Boleh tidur sekali.” Dia baringkan aku membelakanginya sebelum dia baring rapat di belakang aku, melingkari tangannya di tubuh aku. Rambutku diselak ke tepi dan dia letak mukanya di situ. Dapat aku rasa dia sedut bau aku di situ. Geli dan aku menggeliat tapi dia makin jauh membenamkan hidung.

“Hmm.. Abang... Bandung tu...?” Persoalan yang belum terjawab.

Honeymoon kita, sayang.” Kali kedua dia ucap sayang dan hati aku terus berdebak debuk jatuh padanya.