Thursday, August 27, 2020

BAB 7 - DENDAM TERAKHIR SEORANG LELAKI

 


TIBA di bengkel tersebut, aku terpempan sekejap. Tak sangka besar juga bengkel ini. Aku fikir dia bekerja di bengkel biasa saja. Aku memerhati sekeliling bengkel itu. Dijaga dengan baik. Persekitaran agak bersih. Spare part kereta disusun dengan kemas.

“Apa nama bos abang eh?”

“Kenapa nak tahu?”

“Kenapa tak boleh tahu?”

“Pandai menjawab mulut tu. Tak pernah kena cium agaknya.” Dia cubit bibir aku. Betul, selama ini dia tak pernah cium bibir aku. Entah la apa yang dia tunggu. Tunggu aku mulakan kut. Memang tak lah. Malu. Kut, hehe.

“Balik rumah ni rasa nak cilikan je bibir Rayla.” Aku terus ketap bibir mendengar ugutannya. Aku tak tipu, memang jenis tak peduli betul perangai lelaki ni. Apa yang dia cakap dia akan buat. Sesuka hati dia saja mahu lunyaikan aku.

Selama ni... Kalau rasa mahu cubit punggungku, dia cubit saja bila-bila masa dia mahu. Kalau rasa nak tarik kaki aku, dia tarik je tak peduli aku jerit macam orang gila sekalipun. Aku takut tempat tinggi, tempat begitu lah dia bawa aku. Aku mandi lama, dia tutup paip utama. Masa tu sedang syok shampoo rambut. Kesian aku mengagau cari pintu tandas dengan berkemban, memujuk dia buka paip itu semula. Akhirnya dia buka lepas aku setuju mandi dengan dia. Pernah dia lempar lipas mati kat aku, pitam aku dibuatnya.

“Cepat jawab.” 

“Tak payah tahu lah. Dia agak muda, handsome pulak tu... takut Rayla terjatuh hati, susah abang. Dah lah hari tu kata mechanic ni hot.” Dia mencebik.

 “Iskk! Rayla dah ada abang, takkan terjatuh hati. Lagipun perempuan mana boleh kawin ramai. Boleh lah… Rayla nak tahu je siapa bos abang.”

“Hmm... Nama ayah dia Haiyat.” Dalihnya.

“Apa kena mengena dengan ayah dia?” Seperti pernah dengar saja nama itu.

“Dah dia anak lelaki ayah dia.”

Alahai laa... Sakit hati sungguh bercakap dengan manusia spesies macam ni.

Okay fine. Tak nak beritahu tak apa. Malam ni Rayla tidur bilik sendiri.” 

“Oh okey suka hati lah. Jangan gedik cari abang malam-malam buta nanti sudah.”

Arghh! Aku tengok muka dia pun dah tahu dia nak buat apa kalau aku tidur bilik sendiri. Aku ugut dia, dia ugut aku balik siap dipakejkan dengan kutukan sekali. “Abang ni jahat sangat lah. Sakit hati Rayla layan abang!” 

Dia pandang aku dengan muka jahatnya sebelum terus lambakkan tawa. Berdekah-dekah tawanya saat aku makin masamkan wajah. Bila aku berdiri berpeluk tubuh sambil membelakanginya, baru lah dia tarik tubuh aku dan dipeluknya ketat. 

“Okey-okey... Sebenarnya ni bengkel abang. Abang punya. Nama bos tempat ni, Haq Raez. Alhamdulillah bengkel ni sedang berkembang maju. Abang bergurau je tadi, Rayla. Sakit hati eh? Mana hati? Kat sini kan? Meh abang tolong usap.” Dia ambil kesempatan mengusap dada aku berkali-kali.

See. Macam tu lah Haq. Bila aku merajuk baru lah dia mengalah. Tu pun boleh lagi dia permainkan aku. Hmm betul lah bengkel dia. Jadi kalau tengok rupa bengkelnya ini, gaji dia pasti banyak. Belum masuk untung. Tak ada harta konon!

“Malam ni tidur bilik abang k sayang?” 

Eleh. Dia pun takut aku tak mahu tidur dengan dia.

“Tak nak.” 

“Jangan lah macam tu. Abang tak boleh tidur kalau tak peluk Rayla.”

“Baru berkawan dah berani peluk Rayla! Bukan setakat peluk, habis semua abang...” 

“Alaa tak nak lah ungkit macam ni. Rayla pun suka abang raba kan? Siap ambil tangan abang letak kat...”

“Haq Raez!!!” Eeee menyakitkan hati sungguh lah lelaki ni! Aku nak kenakan dia, dia kenakan aku balik.

“Apa? Tak betul ke abang cakap?”

“Tak! Abang yang usap-usap perut Rayla. Rayla geli.”

“Oh, kat perut geli. Kat bawah tu tak geli? If that’s the case, malam ni boleh lah abang…”

“Eeeeee dah dah, tak kuasa nak layan abang lagi!” Aku terus menonong pergi, sepantas kilas masuk ke dalam kereta. Tersenyum panjang, dapat aku rasa bahang pada wajahku. Tak kuasa nak layan konon!

 

SEBENARNYA, masa 'bercinta' kami sedikit hambar. Setiap hari Haq pulang lewat dan tak berminat mahu bercinta dengan aku. Tidur pun kadang kala dia terlelap dulu. Aku yang buat muka tak malu tidur di bilik Haq dan peluk dia. Aku faham dia letih tapi sikap dia buat aku overthinking. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui kehadiran Amy dalam hidupnya. Aku risau mereka sentiasa berhubung yang tidak melibatkan kerja.

Malam ini sekali lagi dia pulang lewat. Hampir pukul 1 aku menunggu kepulangannya. Baru nak terlena masa itu terdengar bunyi enjin kereta. 

“Lewat abang balik.” Aku menghulur gelas minuman padanya. Sekali teguk habis semua dalam gelas mendinginkan kerongkong.

“Abang letih ni. Rayla masak tak?”

“Masak. Abang nak makan? Rayla pergi panaskan lauk.”

“Teman abang kejap.” Dia buka baju dan rebahkan diri meniarap di atas sofa. 

“Duduk atas belakang abang. Urut belakang badan ni. Lenguh.” 

Aku akur, ambil minyak angin dan teragak-agak aku naik sebelum duduk di atas belakangnya. Minyak itu aku curah di sekitar bahu dan belakang tubuhnya. Aku mulakan dengan urutan dan picitan perlahan. Semakin lama semakin kuat, dapat aku dengar desahan dia. Sedap kan abang? 

“Sedap yang.” Eh macam tahu je aku tanya soalan tu.

“Banyak angin jahat dalam ni.” Leher dan bahunya aku urut.

“Itu lah. Nasib baik kekasih abang ni pandai mengurut. Dah lama terseksa menahan lenguh-lenguh.”

“Rayla pandai urut abang je. Ni abang nak makan tak?” 

“Abang nak makan Rayla... boleh?”

Boleh abang. Nanti Rayla panaskan diri sendiri, warm up dulu ya. Aku cuma jawab dalam hati. Haq selalu minta saat aku sedang bendera merah. Memang tak dapat nak menolong lah. Time aku bebas dari kotor, dia tak pernah minta. 

Ya, aku masih dara. Jujurnya aku masih ada rasa waswas dengan Haq. Dia seperti kecelaruan identiti. Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku ada rasa something wrong somewhere. Hati aku bagai mengesan sesuatu yang ‘tak sedap’ namun aku juga takut aku salah percaturan. Jadi aku pun masih tak berani mahu beri dia mencerobohi aku.

“Tak boleh lah tu.” Desis dia tak puas hati.

Dah tahu tak boleh buat apa tanya lagi. “Dah siap urut. Jom pergi makan. Rayla masak kari ayam je malam ni.” Aku bangun dari tubuhnya. Cepat dia tarik semula jatuhkan di sofa dan hempap tubuh aku dengan tubuhnya. Dia tahan kedua-dua belah tangan aku di dada sofa.

“Kita tengah bercinta sekarang. Takkan lah abang tak boleh rasa kekasih abang sendiri?” 

“Mana boleh. Dosa. Dah kahwin nanti baru boleh rasa.”

“Sayangggg, tak nak lah macam ni....” Mula lah tu mengada dia. Tak betul ke apa aku cakap? Dah kahwin baru boleh lebih-lebih. Masa bercinta tak boleh.

“Kita ringan-ringan je boleh?” Dia masih tak puas hati.

“Ringan macam mana?”

Dia terus pandang bibir aku. Aku tersenyum kecil. Faham keinginan dia. Nampak halkum dia bergerak menelan liur. Perlahan dia rapatkan wajahnya ke wajah aku. Sikit lagi mahu bersentuhan, aku toleh ke sisi kiri. Tersasar bibirnya ke pipi aku. Sekali lagi dia cuba dan aku toleh ke sisi kanan. Tersasar lagi ke pipi. Aku ketawa geli hati.

Dek kerana kegeraman, terus dia serbu bibir aku rakus. Tak mampu lagi aku mengelak, aku mengalah. Lemah lembut aku mula paut lehernya dan menarik dia lebih jatuh di atas tubuhku. Lama kelamaan dia melemahkan cumbuan. Mahu aku turut membalas sama cumbuannya.

Dan perasaan kami larut bersama dalam kepekatan malam.

No comments:

Post a Comment