KALAU dulu tugas beli barang basah dan barang dapur cuma
Haq. Mungkin sebab dia tahu hanya dia yang banyak bazirkan makanan. Tapi
sekarang aku akan mengikut sekali. Cerewet juga lelaki ini memilih barang. Aku
yang perempuan pun tidak begitu. Bosan menunggu Haq memilih dan meniliti, aku
melangkah ke bahagian alat solek.
Tak minat sangat sekadar mahu belek-belek harga dan
kegunaannya. Seringkali aku hanya memakai compact
powder dan lip bum. Melihat
pelbagai jenis alat solek ini... Pening juga kepala kerana banyak sangat jenama
dan warna. Tak tahu mana yang bagus dan elok untuk kulit aku.
Sudahnya, aku tak ambil langsung. Kaki menapak semula ke
bahagian makanan mencari kelibat Haq. Nampak dia di bahagian sayuran, aku
cepatkan langkah. Belum aku memanggil namanya, terdengar suara di belakang aku
memanggil dia. Terhenti langkahku, lekas memalingkan semula tubuh membelakangi
Haq.
Kelihatan seorang perempuan tidak bertudung, agak
terdedah pakaiannya pada pandangan aku berlari anak ke arah Haq. Oh no, siapa pula dia? Aku
menyembunyikan diri di belakang rak berdekatan.
“Haq!”
“Hey Amy. Tak sangka jumpa you di sini. Sorang ke?”
Aku curi-curi mengintai dan memasang telinga.
“Aah sorang. Haq?”
Rapatnya mereka berdiri. Seperti ada duri yang mencucuk
hati aku melihat kemesraan mereka. Kenapa orang ketiga selalu muncul saat-saat
bahagia?
“I come with
someone.”
Someone? Kenapa tak cakap isteri? Aku merungut
sendiri.
“Oh I see.
Banyak belanja?” Ramah sungguh yang namanya Amy tu!
“Biasa lah...” Balasan yang ringkas itu sedikit sebanyak
melegakan perasaan aku.
“Eh anyway, ada
seorang kawan I nak hantar kereta dia di bengkel you. Ada kosong tak?”
Bengkel you? Bengkel Haq ke?
“I don't think so.
Bila nak hantar? Kereta makin banyak lah kat bengkel tu. Semua nak cepat,
pening kepala I.”
“Maybe lusa.
Alaa tak apa lah kalau lambat. Dia pun faham.”
“Kereta apa?”
“Mazda CX5.”
“Oh CX5 model lama ke? Kalau yang terbaru pergi lah workshop
centre dia.”
“Model lama la Haq.”
“Apa masalahnya sampai nak hantar bengkel? Kalau setakat
masalah kecil tu I boleh pergi sana. Tak payah serabutkan bengkel I dengan
kereta dia.”
“Accident lah.
And dia nak cat baru. Spark red.”
“Teruk sangat? Ada gambar?”
“Boleh tahan teruk. Nanti I hantar gambar kat whatsapp.”
“Ohh okay lah macam tu. Nanti I confirm balik kalau ada kosong. Kalau tak nak tunggu, pergi workshop lain. I can't promise anything.”
“Alright. Boleh
letak kereta tu di bengkel you tak?”
“Kena curi I tak tanggung. Belambak dah kereta di bengkel
tu. Takut terlepas pandang. So better
simpan sendiri nanti I book masa
untuk kereta tu. Tiba masa suruh kawan you bawak bengkel I. Gambar jangan
lupa.”
Berapa banyak kali dah Haq sebut bengkelnya. Memang
bengkel kepunyaan Haq atau sekadar menyebut. Tak boleh jadi ni, aku kena pergi
bengkel dia secepat mungkin.
“Okay, Haq. I selalu kata kat kawan-kawan I bengkel kereta
you memang recommended tau.”
“Oh ya ke? Thanks a
lot. Bengkel biasa je. Baru nak maju. Disebabkan customer macam you ni lah bengkel I tak putus-putus dengan kereta
rosak.”
“Hahaa ada-ada je lah you ni Haq. I told them the truth. Barang baik mesti dikongsi.”
“Tu I setuju.”
Ahh entah bila mereka mahu berhenti berbual. Naik kematu
kaki aku berdiri di sini. Baik aku pergi tegur dan buat muka tak malu. Kemas
langkah aku menuju ke arah mereka. Bila Haq terpandang aku terus dia gamit mendekatinya.
“Pergi mana? Lama sangat menghilangnya.”
“Pergi sana kejap. Tengok apa yang patut.” Serba salah
aku mahu bercakap dengan Haq bila ekor mata menangkap pandangan lurus Amy ke
arah aku.
“Siapa ni, abang?” Aku ambil kesempatan menyoal bila Amy
tak lepas memandang aku. Ya memang aku tak secantik dia tapi aku bersyukur
dengan apa yang Allah bagi.
“Ohh ya... ni Amy. Customer
abang. Kenalkan Amy, this is Rayla.
Isteri I.” Haq memperkanalkan aku kepada Amy. Segera aku hulur tangan
kepadanya, mujur bersambut walaupun sekejap cuma.
“Isteri you? Bila you kahwin?” Amy menyoal sinis.
“Ya isteri I. Sorry
lah tak jemput. Eh okay lah lama pula bersembang ni. I got to go. Jangan lupa whatsapp gambar kereta tu. Jom Rayla.”
Lekas Haq menarik aku menjauhi Amy. Terkocoh-kocoh aku menurut langkahnya. Hmm
macam ada sorok sesuatu saja ni.
“Abang ada sorok something
pasal Amy tu?” Dalam kereta aku menyoal. Haq tidak memberi jawapan, selamba dia
menyanyi membiarkan soalan aku terbang begitu saja.
“Abang,” aku cubit paha dia. Sempat dia mengaduh
kesakitan sebelum mengambil tangan aku dan diletakkan di atas pahanya.
“Mana ada abang sorok something.
Amy tu customer yang mulut murai. Tu
je.”
“Tipu!” Aku cubit paha dia lebih kuat. Banyak lah mulut
murai. Padahal depan Amy tadi bukan main puji.
“Betul lah. Tak percaya? Tak nak percaya sudah. Namamu
Raylah. Tetekmu sebelah.” Sakan dia mengejekku.
Terjegil mata aku memandang dia. Selamba dia mengutuk aku
begitu rupa. “Eeee benci tau abang ni! Malas kawan!” Aku selalu dibuli dan
diejeknya. Dasar pembuli!
“Oh ya? Abang pun rasa dah lama kita kawan. Lebih kurang
sebulan dah kan? Apa kata kita putus kawan then
kita bercinta. Amacam okay?”
Aku diam. Memandang lain dan menarik tanganku dari
melekat di pahanya.
“Sayang abang...”
Aduh. Kenapa lah dia suka sangat seksa aku begini. “Rayla
cemburu eh?” Tangan dia pula melekat di pahaku.
“Kalau cemburu tandanya sayang. Okey lah kita betul-betul
putus kawan. Abang nak bercinta dengan Rayla pula.” Pahaku diusap lembut.
“Raylaaaaa...”
“Rayla takkan cakap dengan abang selagi abang tak
beritahu perkara sebenar.” Aku letak tangannya di tempat lain. Suka sangat
sentuh aku begitu. Tak padan dengan hubungan kawan yang sering dicanangkan!
“Hish, gedik betul lah dia ni.”
Tengok perangai dia! Suka hati saja kata aku gedik!
“Hmm. Sebenarnya Amy pernah nak test abang sebab abang kata pada dia abang single. Tapi abang tolak permintaan dia secara baik. Jangan salah
faham, masa abang kata abang single
tu, kita tak 'kawan' lagi.”
Terkesima aku dengar jawapannya. “But still abang kata abang single.
Entah dah jatuh talak pun pada Rayla.”
“Rayla! Tak lah. Jangan cakap bukan-bukan, abang gigit
bibir tu nanti.”
“Sampai hati abang mengaku single...”
“Alaa bukan salah abang, memang masa tu abang rasa single. Let bygones be bygones. Please? Sebelum ni abang tak ada perasaan
pada Rayla. I made mistake. People make mistakes, Rayla.”
Aku diam. Cakap apa pun pasti dia menangkan dirinya.
“Okay lah macam ni. Rayla nak abang buat apa atau bawa
pergi mana untuk gembirakan hati Rayla? Fun
fair? Makan? Pantai? Abang sedia berkhidmat.”
“Bengkel abang kerja.” Tak fikir apa pun terus aku cakap
destinasi yang aku ingin pergi. Terdiam dia beberapa minit. Berhenti di lampu
isyarat, dia pandang aku.
“Hari Ahad, sayang. Bengkel tak buka.” Aku nampak muka
dia yang cuba beralasan. Apa pula Ahad bengkel tak buka? Patut hari Ahad la
kena buka bengkel.
“Take it or leave
it.”
“Amboi, daring
dia sekarang! Daring ehh... Daring ehh...” Dia merapat langsung
digeletek pinggang aku. Terjerit-jerit aku mahu melepaskan diri. Bahaya betul
lah dia bergurau dalam kereta. Dia akhiri gurauannya dengan meraba dada aku. Kata tetek aku sebelah konon padahal dia lah
paling kuat meraba di situ.
Ergh kawan apa lah begini. Suka sangat mencabuli aku.
Kalau nak tidur tu lagi lah liar tangan dia. Atas bawah semua dia raba. Tak
cukup satu tangan dia guna dua tangan. Pandai dia ambil kesempatan di atas
katil kecil tu. Nak mengelak pun tak boleh. Sudahnya aku biarkan saja dia buat
apa yang dia mahu. Special kan...
“Okey kita pergi bengkel. Tapi Rayla kena setuju bercinta
dengan abang?”
“Apa beza berkawan dan bercinta?”
“Ada lah bezanya...”
Tengok muka jahat dia tu pun aku dah dapat agak dia nak
buat apa. Kalau setakat 'berkawan' pun dia boleh meraba mencuri cium aku,
apalagi 'bercinta'.
No comments:
Post a Comment